Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani…
Didoakan moga kalian berada di bawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.
HAWA,
Maafkan aku kiranya coretan ini bias mengguris hatimu…Meskipun ku tahu jiwamu selembut sutera bisa hancur luluh hatimu dengan kata-kata yang bakal aku ungkapkan ini. Namun mengertilah HAWA…kerana kaulah pengubat kesunyian sewaktu aku di syurga.. dan engkau berasal dari tulang rusukku yang bengkok, kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya, lantas ku gagahi jua diri ini…
HAWA,
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini.. Itulah kebesaran serta penelitian Allah di dalam urusanNya… Bayangkanlah Hawa..sekiranya kaumku melebihi kaunmu, pasti dunia ini akan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna kesuraman lantaran kekejaman serta penindasan kerana dirimu…
HAWA,
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda saat ini..Tapi permintaanku duhai Hawa… cubalah renungkan jua yang sebenarnya dirimu kian berubah… Tidakkah engkau mengerti bahawa dirimu adalah seumpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata..namun bukan perhiasan semata.. Duri-duri yang melingkari dirimu, itulah hijab buatmu yang digariskan Allah sebagai perlindung atau perisai yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Di situlah nilai seorang wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkannya terdedah..terdedah kepada kami…kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu yang umpama bahan yang mudah diperkotak-katikkan.. Dimana-mana sahaja bisa ku lihat kaummu menghayun langkah bukan sebaik dulu lagi.. langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang kau kejari? Ku sendiri tidak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-temanku yang lain. Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup menyakitkan mata dan memedihkan telinga.. Sedarkah kau Hawa? Haruskah kau terima hakikat bahawa kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah aku tunjukkan kepadamu dulu!!!!
HAWA,
Mengapa dirimu kini mesti menjadi tontonan ramai?!! Perlukah kau hiaskan dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan kau miliki dari pelbagai cirri-ciri yang ditegah Islam! Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan sepertimana yang pernah ku alami suatu ketika dahulu… di mana kaum Hawa mempersiapkan diri sekemas dan sederhana yang mungkin.. Cukup ku rasakan kehadiranmu saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan yang kau miliki sedangkan kau tahu dirimu adalah fitnah.. Fahamilah Hawa… usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi dan menjejaki syaitan yang sentiasa meletakkanmu seperti butir peluru yang bisa hinggap di mana sahaja dan meninggalkan fitnah buat kaumku ini!!!
HAWA,
Betapa sakit dan pedihnya hatiku di saat ku lihat auratmu menjala di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa... suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadap kaummu yang ku kira paling hebat!! Apa tidaknya seurat rambutmu yang dijamah oleh padangan kaumku, ular menanti dimana-mana..sejengkal tanganmu yang kelihatan..aduh!! Banyaknya seksaan yang menanti buatmu… Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat bahawa apa yang perlu kau jaga sebagai seorang wanita ialah auratmu, maruahmu!! Dimanakah maruahmu andai auratmu terpamer di mana-mana?
HAWA,
Tidakkah kau malu terhadap penipuan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri.. di bumi barakah ini..auratmu kau selindungkan di sebalik pemakaian di atas dasar peraturan yang harus kau laksanakan… tapi nun jauh di luar sana..tersentak diriku tatkala meihat dirimu yang jauh berbeza.. ke mana tudung litupmu? Jilbabmu? Apatah lagi tingkah lakumu!!! Di mana hilangnya martabat seorang hafizah yang bibirnya sentiasa basah dengan kalamullah???
HAWA,
Tutuplah auratmu, jagalah dirimu… bertuturlah dengan lemah-lembut tapi bukan dengan lemah-gemalai! Jika terlanjur, ini bisa membawa dosa padamu jua padaku…. Jangan kau perlihatkan apa yang patut kau sembunyikan… tapi ingatlah…cukup sekadar kedua tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan..Bukan kakimu..bukan jua tanganmu..Ingatlah tuhanmu dan tuhanku ada mengatakan:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan meeka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya..” (An-Nur:21)
HAWA,
Andai kau masih belum dimiliki..usahlah kau risau akan jodohmu…ingatlah bahawa janji Allah itu pasti.. “Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik”. Janganlah kau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata untukku..jangan mengenakan busana yang menjolok mata hanya untuk memancingku… kerana kau hanya menarik nafsuku, bukannya hatiku… Jangan sesekali kau bisa mengaturkan pertemuan denganku Hawa kerana aku bimbang kita akan terjerumus ke kancah maksiat…
HAWA,
Mungkin ku harus hentikan bicara ini di sini dahulu… Andai diizinkan Allah, kita bersua lagi di lain lembaran dan yang pastinya kau akan tetap ku bimbingi. Harapanku…muncullah secebis kesedaran di hatimu… dan aku doakan moga Allah membuka hatimu untuk mencetuskan anjakan paradigma kerana darimu akan lahirnya mujadid serta mujahid Islam….
perkongsian dari sahabat blogger kaum ADAM...
hamba hina,
No comments:
Post a Comment
=)SENYUM =) SMILE =)
=) senyum itu sedekah yang paling mudah =)