Showing posts with label CERITERA. Show all posts
Showing posts with label CERITERA. Show all posts

Monday, June 16

Ceritera Kecilku




Masa ni nama pun tak ingat lagi. panggil kamu, kamu ja. ;) depa pon takut lagi ngan cikgu yang buat-buat garang ni. tak kenal lagi kan. haish!
macam-macam ragam. Hartith Erfan ngan Alif Hakimi always the winner in a class.. dan Amir Asyraf. Allahu! dah mati akal. mati kutu. mati la nk jerit dan cakap apa lagi kat depa ni. tak reti dok diam. suruh dok sebelah cikgu pon kaki, mulut, tangan bergerak bising tak hengat. tensyen la lima belas minit. pastu berhambur la marah dengan merajuk..baru senyap. alahai anak-anak!
lima minit kemudian.....bising seperti biasa
conclusion  : kanak-kanak tidak mampu disenyapkan. Nokhtah.


Ini Muizz syg, rinduuunya budak zapin ni..!
kuat merajokk..manjee..kalau minta maaf kt kite sbb lupa bt homework siap buat mata comel n sengih2 lagi. ingat cikgu tak jadi marah la sengih2 comel mcm tuu..tak kira kena jugakk marah...haha!

merajok tak suda. dok bertempek kt pintu tuu..tula sapa suruh tak bawak buku..kan cikgu taknak kawan..nak pujukk pon lamee..huhu...seb bek mau senyum pastuu... <3

muizz dan bukhari ;) sahabat baik duduk bersebelahan. Moga jadi anak soleh yang berbakti pada agama dan bangsa.

bukhari bagi bungo dy letak atas meja pastu lariii.. takdan nak tanye ape2. bukhari bukhari. baik dan berbudi.. (dan nanges2 masa last day). :'(


wajah-wajah kesayangan hamba.


rindu nak peluk, marah, tepuk-tepuk kepala kamuuuu! dan jerit2 nama budak yang bising dan puji2 nama budak yang baik buat kerja.



kelas di bilik media. how excited they. ;)





ariena sayang, serius cigku tak tahu nak bawak balik bunga dalam pasu berair mcm mana. haha!
kreatif betul budak2 ni. siap pasu botol air tu ada air lagi. aduh!





budak lelaki 3 fokus. riang ria jer. yang blakang tujek sayu sikit. yang perempuan meraung tak hengat. meraung dan menangis ye bukan menangis sahaja . okbai.

mms : doakan ambo dan murid2 ambo baik dan diberkati Allah sentiasa.








Tuesday, December 18

Derita Kita






Derita kita…. 
Derita kita menanti majunya negara, 
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan, 
Derita kita belum dapat bantuan subsidi, 
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa, 

Derita mereka apabila anak2 mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru2 yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak2 kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA… 

Para ibu di negara kita, 
Derita belum sempat membeli gelang baru, 
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka? 

Bumi GHAZA, 
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion2… 
Wahai Ghaza, 
Kami saudara kamu, seagama denganmu, 
kami lelaki2 sekuatmu juga, 
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza, 
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria, 
kerana kami tidak menghantar kereta2 kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan.. 

Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria, 
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu, 
Mohon kemaafan banyak2, 
kami hanya menjadi penonton di mana darah2 anak2mu, isteri2mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci, 

Wahai Ghaza, 
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad, 
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu, 

Wahai Syria, 
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu, 
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad2 kamu, 
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar, 
Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria, 
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh2 kami bersemadi bersama 
jasad2mu… 
:: Sebahagian puisi dari Ustaz Azhar Idrus::
nak tgok klik video sini k


Bicara Selebriti 6 : FULL. X tengok rugi. salute! rakyat Kelate.
biarpun hujan agak lebat mereka tetap berdiri.
Allahuakbar. Negeri Serambi Mekah kaya dengan nilai Islami.








Tuesday, May 1

Saya Sayang Buku


Assalamualaikum..
Suka tak dengan buku.? Mesti suka kan. kan. kan.
Jom kita tengok buku-buku yang Comel2 belako..



atass ni hasil Baucar Buku IPG. 





Yang ni plak hasil Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tadi. 1 Mei 2012.

MMS: Terimakasih byk2 k.long n k.muni ajak n bawak pi pesta buku. makan2 lagi. hihiii
SMS: Ilmu Allah sgt luas. 

Surah Luqman ayat 27 yang bermaksud “ dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambah pula tujuh lautan lagi sesudah keringnya, nescaya tidak akan habis dituliskan kalimat Allah yakni ilmunya”.
hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik yang bermaksud "Sesungguhnya, orang yang berilmu didunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk dalam kegelapan didarat dan dilaut.”

BBM: maaf. x dpt cerita pjg. bz skit "bacabacabuku"




Saturday, March 10

PBS with BFF at SKM


PBS with BFF at SKM

Program Berasaskan Sekolah bersama Best Friend Forever di Sekolah Kebangsaan Mengkuang.


Ini BFF saya. =) 
geng PBS first yang banyak membantu dalam menjadikan PBS pertama ini indah, menarik dan berharga,
Thanks SAHABAT !

Mereka adalah classmate saya Piya (roommate comel) dan Khalim.
IPG Tuanku Bainun : Ikhlas, Abu dan Khalid
IPG Perlis : Shafik

Aktiviti PBS :

assigment dari sekolah dan IPG..( huhu..yg IPG dop siap gik ni. ) aduii
relief kelas : Kelas Bestari, Cemerlang, Potensi dan Wawasan..
kelas yang mencabar ialah kelas Wawasan ! ( Moga terus berwawasan wahai murid2..nyanyi2 lagu Wawasan UNIC =p )
dan banyak lagii...=)

Arkitek bangsa yang memanusiakan manusia.
Once a teacher always a teacher.
Bukan hanya guru yang menilai murid tetapi murid juga menilai guru.
Nak jadi cikgu bukan senang. Gurulah segala-galanya. Doktor? Peguam? dll.
Mulianya kerjaya guru.Murobbi. 
Besarnya amanah yang dipikul.
Umpama lilin yang membakar diri. Berkorban untuk menerangi jalan hidup anak didiknya.
Erti kesabaran sebenar. belajar bersabar~!







Sunday, February 26

Lukisan Alam





Hijjaz
Lukisan Alam 


Hidup tidak selalunya indah 
Langit tak selalu cerah 
Suram malam tak berbintang 
Itulah lukisan alam 
Begitulah aturan Tuhan 

Jadilah rumput nan lemah lembut 
tak luruh dipukul ribut 
Bagai karang didasar lautan 
Tak terusik dilanda badai 

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu 
Dalam senang... awasi kealpaanmu 
Setitis derita melanda 
Segunung KurniaanNya 

Usah mengaharapkan kesenangan 
Dalam perjuangan perlu pengorbanan 
Usah dendam berpanjangan 
Maafkan kesalahan insan 

Dalam diam... taburkanlah baktimu 
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu 
Suburkanlah sifat sabar 
Dalam jiwamu itu 
Di dalam jiwamu itu


message : "Jαdilαh orαng yαng bαik, αpαbilα αdα disenαngi, αpαbilα pergi dirindui, αpαbilα mαti dikenαngi."
"orang yang kelakuannya baik, bila dia ada dia sentiasa disenangi oleh manusia, bila dia takde dia sentiasa dirindui oleh manusia, dan kalau dia mati, kenangan bersamanya tetap dikenang sampai bila2".
"Jangan tertipu dengan badan yang sihat, kerana mati tidak semestinya sakit, Jangan tertipu dengan usia yang muda, kerana mati tidak semestinya tua"
mms :
Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Mengapa Harus Begini??




Tombo Ati
Artist: Opick
Song Category: Nasyid

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe


Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani


Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah


Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi


message : Ubat Hati ada 5 perkara 
Baca Al-Quran dan maknanya
Solat Malam
Berkumpul dengan Orang Orang Soleh
Banyakkan Berpuasa
Zikir Malam

gprs : Kala hati resah, gundah, keliru. Kala fikiran sakit, pening, runsing. Kala itu hati celaru, risau, luka. Terasa ingin pergi ke dunia lain. Sakit !  Walau tidak banyak tapi cukup untuk menangis.
bbm : Adakah salah menjadi BAIK sangat? Perlukah ada Jahat sikit? ( Tolong jawab ini !! Tolong..)

mms : Seolah dipermainkan. Jika ingin menilai  usah menguji dan mengeji. Jika ingin mengerti usah dipermainkan diri dan hati. Nanti diri sendiri x dipercayai. Ingat !  Moga kau diberi kesempatan untuk percaya mempercayai dan dipercayai.

Maafkanlah salah silap selama ini. Mungkin ada yang tersisa di hati, terbekas di jiwa. Hadirkanlah hujan di hati agar sisa dan bekasnya dibawa air.

✿~Apabila kita merasakan diri kita benar, tak perlu lantang menyatakan kepada dunia betapa benarnya kita, teruskan lakukan perkara yg benar dengan ikhlas, sabar dan istiqomah, Insyallah akan terserlah juga kebenarannya....sekiranya masih ada keraguan dan ketidak-percayaan, itu tandanya Allah telah menutup hatinya untuk melihat kebenaran..✿~. 



Ar-Ra'd ayat ke 28 - 
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". 
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.





Friday, February 24

Aishah Humaira




Aisya Humaira
Album : Tika Itu
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com




Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan 
Peniup semangat suami


Khabar al kisah ku titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu mahar melebih 
Yang setanding embun kasirin


Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya nur itu
Bagi membuktikan kepalsuan 
Tuduhan seorang pendusta


Pilihlah hikmahnya 
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah 
Mempersia-sia ketabahan soerang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan 
Yang penuh lena ujian


Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora


Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau 
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu


message : buat insan yang sedang terkilan mungkin, sabarlah. Allah ada bersama orang yang sabar.
mms : Ikhlaskan niat. Moga dibersihkan titik noda di hati kita.
gprs : luahkanlah segalanya. mungkin ini akan membuat jiwamu tenang. menangislah andai itu yang membuat hatimu tidak lagi bergelora. tapi jangan biar marahmu bersembur kerana ia api yang akan membakar jika tidak dikawal. (andai dapat membantu menyejukkan hatimu..)
bbm : Fokus lirik Aisyah Humaira ( purple colour )



Tuesday, January 24

Channel 114


Saluran 114 (Astro) berlainan sekali dengan siaran televisyen yang lain. Apa tidaknya iklan promonya sahaja sangat menarik, menenangkan dan comel. =)
Boleh klik sini untuk iklan promo. Musik latar promo ini juga sangat menarik dan memberi seribu makna kepada penonton.

Intisari saluran Al Hijrah ini juga dipenuhi dengan rancangan rancangan yang sangat menarik. Tambahan pula saluran ini memberikan pelbagai ilmu-ilmu baru yang diperlukan oleh masyarakat  era modenisasi ini yang semakin tandus ilmu agamanya. 

Antara program-program ilmiah, islamik dan menarik yang disiarkan ialah 4 Hidayah 4 Hijrah, Madrasah ( Aqidah, Syariah, Akhlak), 30 Minit Ustaz Don, Law Kana Bainana, Fattabiouni dan banyak lagi.

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Selain itu, Al Hijrah mempersembahkan pelbagai slot-slot indah untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak yang dikategorikan sebagai Zon Aulad ( Zon Kanak-Kanak) seperti Pada Zaman Dahulu, Mat Cincang dan Baby Khalifah.
Tambahan lagi TV Al Hijrah sangat bermakna ditonton seisi keluarga kerana had iklannya yang sedikit dan hanya memaparkan iklan-iklan yang bermoral tinggi seperti iklan keselamatan jalan raya, motivasi, hadis, ayat al-quran dan sebagainya. Jadi ibu bapa tidak perlu risau akan kehadiran iklan-iklan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur.



Di sini dinyatakan serba sedikit mengenai tujuan penubuhan TV Al Hijrah.

Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam. 

Boleh like page fb Al Hijrah

p/s : Al Hijrah untuk semua. Selamat Menonton dan Beramal..=)





Tuesday, January 10

Dimensi Baru


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.

Mohon maaf  kerana sudah lama tidak menghadirkan diri ke laman sasawang ini.
kerana apa?
hehehe..
1. tak bayar broadband lagik..kiki..terminated suda
2. Sakit, demam. Alhamdulillah dah bertambah baik.
3. bz. almaklumlah baru mula tahun baru.

tapi takpe. t kita cover balik entri2 yang tak sudah tu ya..=) ok

WELCOME 2012.
BITTAUFIQWANNAJAH.














Wednesday, December 14

Detektif Conan =)













Mesej : Jum tengok citer Conan kat Astro Ceria..=)  Tak tamat2 cita ni dari kecik lagi..hehe..
MMS : Fikir : Siasat : Selesai : Memang cool lah conan nie..
GPRS : Shinichie lagi comel kut ! hehe~! comel ke?..






Tuesday, December 13

Hafalan Shalat Delisa



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM 

Kebelakangan ini, kehangatan media massa seperti facebook dan you tube semakin dirasai dengan kehadiran video-video yang membuatkan pengguna laman sasawang terhenti sejenak, terfikir seketika tentang sesuatu.
Video yang amat menarik perhatian ini adalah trailer filem terbaru di Indonesia iaitu
Hafalan Shalat Delisa



Ternyata ! Setanding dengan penonton trailer ini yang agak ramai menyukainya, ia tidak mengecewakan. sebuah trailer yang menyayat hati dan memberikan kesan kepada sesiapa yang menontonnya. Ketabahan seorang gadis kecil bernama Delisa itu sungguh terkesan hati.
Setelah men"google" beberapa minit =) 
Alhamdulillah saya telah menemukan dengan sesuatu yang sangat indah.

Ya! Novel Hafalan Shalat Delisa.
Ya! Saya juga telah membacanya.
Novel Indonesia pertama yang saya baca!


 Hafalan Shalat Delisa.

E-book yang saya download ternyata melegakan hati saya yang berteka teki pengakhiran cerita Delisa yang hanya ditonton trailernya sahaja.

Betapa indahnya ceritera mengenai puteri kecil yang bersederhana menjalani liku-liku hidupnya setelah dilanda ombak besar yang meragut nyawa insan yang disayanginya.
Betapa tegarnya gadis bertudung biru itu menghadapi cabaran yang mendatang tanpa kaki kanan dan tempat  bermanja.
Betapa suci hakikat Islam dan hidayah Allah itu. Nur hadir tanpa diduga.
Betapa gadis polos bernama Delisa ini mampu meruntunkan hati insan di sekelilingnya.
Betapa bahagianya gadis kecil ini bersama Ummi, Abi dan tiga saudari solehahnya.
Betapa kasihnya Delisa kepada Abi dan Ibunya kerana Allah.
Betapa riangnya dia bermain bola di pesisir pantai.
Betapa derita perjalanan hidup yang dilaluinya.
Nyata! Novel dan Filem ini memberikan sejuta makna tersurat dan tersirat.

Olahan yang indah dan cantik oleh penulis sangat memberikan kesan kepada saya selaku pembaca.
Kehadiran masyarakat asing seperti penjual rantai atau kalungan yang sangat menghormati Islam dan kehadiran sukarelawan dari Amerika juga membuatkan novel ini bertambah menarik.

Mesej : Boleh download ceritera gadis berjilbab biru ini di Ebook Hafalan Shalat Delisa
Boleh baca juga di googlebook. Klik SINI
GPRS: Sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanya kerana Allah.
Iphone : Cuma satu..hehe..agak keliru dengan panggilah 'kakak' dalam bahasa indonesia..keliru jantinanya samaada lelaki atau perempuan. Kosa kata yang keliru masih boleh difahami jika dibaca dengan baik dan mengikut kronologi.=)
MMS: Saya nak buat cerita gini gak la..hehe~!
Blackberry: Ujian adalah tarbiyah daripada Allah, Apakah kita kan Sabar ataupun sebaliknya. 





Monday, December 12

Arkitek Bangsa


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ini kita akan berkongsi mengenai, arkitek bangsa. siapa arkitek bangsa? yang mereka banggunan tu ke? bukan bukan. jum kita baca lagi.

sebelum bercerita dengan lebih terperinci tentang arkitek bangsa, kita selusuri dahulu kisah agung ' Kisah Nabi Muhammad S.A.W'. Sejarah agung Rasulullah tatkala menerima wahyu daripada Allah mengenai utusannya sebagai rasul untuk menerangi kegelapan umatnya ketika itu. siapa perantara antara Allah dan Nabi Muhammad S.A.W? Dia adalah Malaikat Jibrail yang menjadi Guru kepada Nabi Muhammad.
Jibrail pun menyuruh dan megajar Nabi Muhammad membaca Surah Al-Alaq.
ketika itu Nabi Muhammad tidak tahu membaca.

Iqra' (bacalah) - Jibrail menyuruh Nabi Muhammad membaca
ma' aqra'(aku tidak tahu membaca) - jawab Nabi Muhammad dalam ketakutan.
mendengar jawapan itu, Jibrail memeluk baginda. baginda merasa seakan lemas barulah dilepasakan Jibrail.
Iqra' (bacalah) - Jibrail menyuruh Nabi Muhammad membaca lagi
ma' aqra'(aku tidak tahu membaca) - jawab Nabi Muhammad.
"Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan, yang menjadikan manusia dari segumpal darah.
bacalah. dan Tuhanmulah yang mulia , yang mengajar manusia dengan qalam, mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya"
demikian malaikat Jibrail membacakan ayat dari Surah Al Alaq dan Nabi Muhammad mengikutinya.

itulah sejarah dimana Jibrail menjadi guru kepada Nabi Muhammad. 

jika diimbas kembali sirah Rasulullah s.a.w menerima wahyu daripada ALLAH yang disampaikan oleh malaikat jibril. Jibril  adalah guru kepada Rasulullah. Dalam sebuah hadis ada diceritakan sahabat-sahabat baginda pernah melihat Jibril datang menyampaikan wahyu kepada baginda. Ketika itu Jibril datang dalam keadaan menyerupai seorang tua.
Selepas beredarnya Jibril, barulah baginda memberitahu orang tua yang datang itu adalah Jibril. Rasulullah  telah menunjukan sikap baginda pada sahabat-sahabatnya ketika itu bagaimana sopan dan tertibnya baginda menerima wahyu daripada Jibril.

Rasulullah adalah guru yang terbaik, tidak ada yang boleh menandingi sikap sabar, lemah lembut, tabah dan segalanya ketika baginda berhadapan dengan berbagai-bagai makhluk di atas muka bumi ini. Rasulullah s.a.w menyampaikan amanah Allah dengan penuh jujur, walau dicaci, dilempar dengan tahi, dicop sebagai orang gila dan sebagainya, Rasulullah s.a.w tetap tidak berganjak atas usaha untuk melihat umatnya mentaati perintah Allah. Hikmah Allah menentukan setiap nabi-nabinya memelihara kambing kerana sifat degil kambing ada pada manusia dan menjadikan nabi-nabinya sabar, kuat, tabah, cekal sebelum menghadapi manusia yang punya nafsu, akal dan bermacam-macam ragam perangai manusia.

Guru Mesti ada sikap mengajar (mu'allim) dan mendidik (murabbi).


Satu lagi tentang hadis Rasulullah s.a.w untuk guru-guru dan bakal guru boleh amalkan.

Maksud hadis :
Apabila matinya anak adam akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :-
1. Sedekah jariah.
2. Ilmu yang manfaat.
3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

Hikmahnya ketiga-tiga perkara ini ada pada seorang guru.

1. Sedekah bukan sahaja hanya pada wang semata-mata, tetapi seorang guru setiap hari menyalurkan sedekah ilmunya, masanya, wang ringgitnya, pengorbanannya dan sebagainya.
2. Guru-guru yang menyampaikan ilmunya, anak-anak muridnya akan bertambah dan akan terus menyampaikan ilmu yang diajarnya, walaupun dia telah meninggal ilmunya tetap kekal.
3. Guru-guru sentiasa mendapat doa daripada anak-anak muridnya dan seluruh insan yang sayang padanya.

Lihatlah begitu besar pahala seorong guru yang ikhlas, pahalanya sentiasa mengalir dan menjadi bekal dialam barzah serta menjadi hujah pendiding menyelamatkannya dari api neraka. Insya-Allah, marilah kita menjadi penyambung legasi murni para nabi ini.

Mesej : Sumber idea dari SINI
GPRS :  Jadilah guru yang hadirnya dinanti, perginya dirindui.






Sunday, December 11

Saturday, December 10

Bila Bulan Derita Sendiri



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hari ini hari SABTU, bersamaan 10 DISEMBER 2011 dan 15 Muharam 1433 H.
Satu fenomena yang indah telah berlaku.
apa dia???

GERHANA BULAN

 tengok gambar ini,


bagaimana ia berlaku..=)
fenomena ini berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada sebaris..
macam ni..

FOKUS : gambar yang bawah tu GERHANA BULAN


Mesej : boleh tinjau laman INI untuk maklumat lanjut tentang gerhana bulan.
untuk maklumat mengenai solat gerhana boleh klik SINI

GPRS : Hayati fenomena ini dan renungi kisah hidup kita yang semakin singkat usianya.

MMS: Say " Subhanallah"

Iphone : Banyakkan berzikir dan mengingati mati

Sayasendiri: Ingatan untuk diri yang lemah ini juga.Selamat Malam.

Jazakallahukhoirankasiran..=)