Friday, December 17

cover your AURAT campaign


...بسم الله الرحمن الرحيم
...السلام عليكم



cover ur aurat campaign..!!
dats is da campaign....

saya di TAG oleh sahabat nur tasnim imtiyaz
untuk menyertai dis campaign
yang mengkehendaki kita untuk 
berbicara sepatah dua mengenai AURAT...
syukran yea sahabat kerna menTAG saya..:)

mula2 agak liat nak menulis nie..al maklumlah lama gak tak tulis2...hee..:)
but i dunt care...dats call amanah!...
so saya tulis yea skit2..

dan2 bukak fb i luv islam hehe
carik pasai AURAT...
ALHAMDULILLAH....ade..:)
so kita baca dulu la....

so nak bce?..click link tu yea..:)

baek !..sekarang tibalah masa untuk 
tulis2...
baiklah AURAT dapat dedifenisikan sebagai




Maksud Aurat dari segi bahasa:
Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong  jalan di bukit. (Munawwir,Kamus Bahasa A'rab-Indonesia)

Private parts, genitals, defect, fault and blemish. (Al-Mawrid Al-Quareeb,A Pocket Arabic-English Dictionary)


Dalam Hadis:
"Wanita itu adalah a'urat".( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap  terasa malu(Lisanul A'rab.Jilid 4) 

Kesimpulannya:
Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.


Maksud Aurat dari segi syara':
Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat.(Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)



dats call AURAT...yg penting2 telah dihighlight kan...so dats means
mengikut syara'
aurat ialah  suatu yang WAJIB ditutup atau suatu yang haram dilihat...
ini bermakna WAJIB...WAJIB..
semua umat ISLAM yang bergelar MUSLIMAH
wajib menutup aurat..
ia tanggungjawab seperti SOLAT dan PUASA...
ia bukan sekadar kata seorang yang tidak bertudung..:
'hidayah ta sampai lagi'
'dapat nur nanti aku pakailah..'

astagfirullah hal azim...
mungkin kita tersalah tafsir..
mungkin kita tidak cukup ilmu...
mungkin kita tak tahu...
namun ILMU perlu dicari 
dan disebar

terima kasih kepada sahabat2 saya
yang banyak memberi ilmu kepada
hamba kerdil ini 
doakan saya dan kamu istqomah dengan 
semua ini...

kalau begitu nak solat dan puasa pon tunggu dapat 
hidayah..
dengan itu ini membuktikan yang AURAT itu WAJIB dipelihara...

di mana lokasi AURAT?...
uit ...men lokasi lokasi plak kan..hee
ini dia...


kalau tak nampak tulisan sila rujuk di FB yea..



Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka.  Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.

Allah itu Maha Bijaksana.
 Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, 
tarikan itu umpama gula yang menjemput semut.
 Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab.
 Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama,
 maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. 
Soal sikap adalah perkara kedua. 
Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.
Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk.
 Itu adalah soal hati
Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji
, ada kemungkinan lalat datang menyinggah.
 Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.
Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik,
 kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.
Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan.
 Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.
Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik.
 Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah.

info tambahan;
sila BACA...:)




"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur: 31)

" dan katakanlah kepada wanita yang beriman:

'hendaklah mereka menahan pandangannya
 dan memelihara kemaluannya,
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya 
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya
 dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka,atau ayah kepada suami mereka,
atau ayah mereka atau putera-putera mereka,atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita islam,atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya 
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung "

                                                                                                                    (Surah An-Nur;31)



indahnye berjubah seperti ini...:)


satu hari nanti....


ana uhibbu...


indah kan...



saya tag..:
cik myna nad

cukup kot..hee..
saya tak memaksan kamu bt entri campaign nie..
kerana saya hanya menjalankan amanah saya menTAG ...:)
okaies...:)
 insya-Allah..sama-samalah kita berusaha 
menjadi insan yang menutup AURAT...:)

yang baik itu datang dari ALLAH..
yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri...

wallahua'lam..:)



insan hina,




cover


No comments:

Post a Comment

=)SENYUM =) SMILE =)
=) senyum itu sedekah yang paling mudah =)