Thursday, December 30

*mohd ikram loh dan ISLAM



Beliau suka membaca dan memerhati. Dari situlah hatinya terpaut terhadap Islam.
Bahan bacaan yang digemari Mohd Ikram Loh Abdullah atau nama asalnya Loh Kim Hua ialah buku agama tulisan Datuk Ismail Kamus atau menonton dan mendengar ceramah Datuk Harun Din.
Mereka ialah idolanya untuk mempelajari Islam dan merujuk sebarang kemusykilan.
Mohd Ikram, 52, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa di sini, memeluk Islam lewat usia 30an, walaupun minat untuk mengenali Islam sudah timbul sejak remaja.
"Saya memeluk Islam bukan kerana terpengaruh dengan rakan-rakan beragama Islam. Pendorong utama saya untuk menjadi seorang Muslim hadir dari dalam diri sendiri," kata anak ketiga daripada enam beradik ini.
Di bangku sekolah menengah lagi, walaupun beliau beragama Buddha, beliau banyak membaca buku agama Islam, ditambah pula ketika di Universiti Malaya, beliau mengambil pengkhususan dalam pengajian Melayu.
Tertarik Dengan Cara Ibadah
"Satu lagi, saya suka perhatikan dan amat tertarik dengan cara orang Islam melakukah ibadah. Solat berjemaah dan azan yang dilaungkan, menjadikan saya berasa tenang dan yakin dengan agama Islam," kata Mohd Ikram ketika ditemui selepas menerima anugerah "Tokoh Saudara Kita" sempena sambutan Maal Hijrah 1432 peringkat negeri Kedah baru-baru ini.
"Sebelum peluk Islam saya sudah lakukan cara hidup Islam, seperti berpuasa selama dua hingga enam jam sehari, belajar solat menerusi bacaan dan menonton VCD sebagai sumber panduan saya," ujarnya.
Islam juga sebenarnya tidak asing di dalam keluarga Mohd Ikram sebelum itu kerana kakaknya telah terlebih dahulu memeluk Islam sekitar tahun 80-an.
Penerimaan Keluarga
Katanya beliau mengambil masa yang lama menangguhkan hasrat memeluk Islam di usia remaja kerana mahu menjaga hati ibu.
Mohd Ikram memeluk Islam pada Mac 1993.
"Ketika itu saya sudah bersedia. Saya sudah bekerja dan mampu berdikari serta bebas menentukan hala tuju hidup saya sendiri," katanya sambil mengukir senyuman.
Bagaimanapun pada ketika itu beliau belum bersedia untuk mendedahkan statusnya sebagai seorang Islam.
Untuk mengelak diri daripada diketahui mereka yang rapat dengannya, termasuk keluarga, beliau sering berpindah masjid untuk solat berjemaah.
"Tapi pada suatu hari saya terserempak dengan seorang kenalan ketika dalam perjalanan pulang dari masjid dan sejak hari itu semakin ramai kenalan terdekat mengetahui bahawa saya sudah peluk Islam," katanya.
Kahwin
Kepada keluarganya, berita dikhabarkan saat Mohd Ikram menyuarakan rancangan untuk berkahwin dengan wanita Islam.
Penerimaan keluarga pada mulanya agak dingin tetapi lama kelamaan mereka menerimanya, katanya.
"Ibu saya Tan Ah Soo berumur 69 tahun dan beliau kini menerima saya sebagai anak yang beragama Islam dan hubungan kami anak-beranak kini bertambah baik.
"Setiap kali menjelang perayaan Cina, saya akan balik kampung meraikannya bersama keluarga," kata Mohd Ikram.
Aktif Berpersatuan
Keluarga barunya pula bertindak sebagai tulang belakang yang banyak membantu dan membimbing Mohd Ikram, terutama isterinya Tom Pah Chom Sharif Taha, 42.
"Keluarga sebelah isteri banyak membantu saya dalam menempuh segala kekangan termasuk soal agama. Saya bersyukur kerana mereka boleh menerima saya seadanya," katanya.
Mohd Ikram gemar melibatkan diri dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan kini beliau menyandang jawatan Setiausaha Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis.
Persatuan berkenaan bertanggungjawab menjaga kebajikan saudara baru Islam di sekitar Kedah dan Perlis dan mempunyai seramai 48 orang anggota yang berdaftar.
"Persatuan kami ini dibuka khusus untuk orang Cina yang baru peluk Islam, namun kaum lain yang berhadapan masalah semasa bergelar Muslim, juga boleh datang kepada kami," katanya.
Persatuan itu akan berusaha sedaya mungkin dalam hal membimbing dan membantu saudara baru agar mampu menjalani kehidupan berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
"Realitinya ada juga segelintir mereka yang cenderung berbalik semula kepada agama asal kerana tidak ada tempat bergantung dan berbincang soal agama.
"Terdapat juga saudara baru yang masih amalkan cara hidup lama minum arak dan makan makanan tidak halal", kata Mohd Ikram yang juga anggota Jawatankuasa Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Kedah.
Memahami masalah dan cabaran saudara baru, Mohd Ikram menasihatkan mereka supaya banyak bersabar dan yakin dengan kebesaran Allah.
"Apa yang perlu kita buat ialah ikhlas dengan sesuatu yang dilakukan dan lakukan dengan penuh pemahaman dan sepenuh hati," katanya.
-- BERNAMA

p/s:indahnya agamaku..alhamdulillah aku lahir sbg seorang 'ISLAM'
islam is da way of life..
moga ALLAH merahmatimu mohd ikram loh...:)




tima kasey qida..:)


lawa dok?..hehe..



hek2..nie yang kale biru..hee..





 tetibe jak ado jersi k.f kat cnie..apo kes kan..cik kiedah 


hehehe..
saia nak yg betoi2 la kieda...
cam nie


hehe..sajo ja..:)


apo nombor mu beso2 belako nie kiedah..hee..





tata kieda bucuk..




*helang VS ayam



"Boleh ke saya ni abang? Susah lah. Orang lain memang la boleh, mereka semua ada asas Arab. Saya ni tidak ada asas, sebab tu la saya gagal kot!"
Begitulah luah seorang pelajar sebulan sebelum menduduki SPM tempoh hari. Soalannya kepada saya, sempat ke dalam masa sebulan ni nak tukar dari gagal kepada A?
Helang Sangkakan Dirinya Ayam
Seorang petani yang sedang mencari herba di atas bukit terpandang sarang burung. Tiada ibu, tapi ada beberapa biji telur di dalamnya. Si petani tahu itu adalah telur si helang. Fikirnya kalau diambil sebiji telur tentu tak mengapa. Sampai di rumah, si petani tadi meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam, dan dieram oleh ibu ayam.
Dua hari kemudian, ibu ayam berkokok keriangan, kerana semua anak-anaknya sudah menetas- termasuk anak helang tadi!
Anak helang itu dibesarkan oleh ibunya (ibu ayam) seperti abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Ia makan apa yang mereka makan, minum apa yang mereka minum, buat apa yang mereka buat, hatta mengikut ke mana sahaja ibu dan abang kakaknya pergi. Pendek kata, si helang dibesarkan sebagai seekor ayam. Malah si helang ini tidak pandai terbang.
Dan si helang penuh percaya bahawa dirinya adalah seekor ayam, walau berbeza dengan ibu, abang dan kakaknya.
Lama selepas itu, si helang ini telah tua- sedang semua ibu, abang dan kakaknya dijual oleh tuannya, si helang masih di situ. Sedang si helang ini mematuk makanan bersama ayam lain, si helang terpandang ke langit, dan terlihat seekor burung yang sedang terbang megah. Lalu tanya si helang ini pada ayam, "siapa itu? Aku kagum melihatnya, begitu hebat menyusur di udara".
Lalu balas si ayam, "itulah Sang Helang, raja segala burung. Bukan seperti kita, burung yang mematuk di bumi!"
Si helang tua mengangguk, dan kembali mematuk tanah, mencari makanan...sehingga akhir hayatnya.
Bina Kepercayaan Hari Ini
"Apa yang awak ada sekarang, atau apa yang pernah awak ada dulu bukan penentu mutlak siapa awak esok hari. Tapi baik abang, atau awak sendiri, kita sama-sama yakin, apa yang awak percaya, itulah yang awak akan jadi!"
Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti si helang tadi yang membesar, menjadi tua, mematuk tanah, malah mati 'sebagai ayam', sedang kita punya sepasang sayap besar yang membolehkan kita terbang menyusur angkasa mencari makanan di merata tempat, dan akhirnya mati dengan bangga sebagai raja burung!

p/s: cian helang yang mghabiskan sisa hidupnya sbg ayam...huk3..
yakin pada diri n percaya pada diri ( lagu AF lak )..hee..
ALL DA BEST in dats new year 2011














Wednesday, December 29

lurve HARIMAU !!!





alhamdulillah..:)
tahniah buat pemain2 

khairul fahmi che mat  (penjaga gol)

mohd asaruddin putra omar (pertahanan kiri)


mohd fadhli shah (pertahanan tengah)

mohd muslim ahmad (pertahanan tengah)

mohd sabre mat abu (pertahanan kanan)

amar rohidan (pemain tengah bertahan)

mohd safiq rahim ( pemain tengah)

s.kunalan (pemain sayap kanan)

mohd ashaari samsuddin (pemain sayap kiri)

norshahrul idlan talaha (penyerang)

mohd safee sali (penyerang)




mcm semangat gilerr ja kan..hee..agak semangat la..:)..hehe..:)
monang la katekan..
bukan senang saia nak tengok bola-bola nie..
saje mengisi masa dongan sedare2 yang tgok bola..
excited kot!..
tengok RAMAI-RAMAI best!
tgok sowang2?..haha..x tgoklah gamaknye..

apo apo pun byk pgajaran yea dlm piala suzuki nie..bagi saia la..:P
  • malaysia BOLEH
  • dunt judge a book by it cover
  • yakin akan diri sendiri
  • semangat SETIA KAWAN..
  • KERJASAMA
  • TEAM building
  • terima kekalahan seadanya...:)
  • bersyukur dengan kememenangan
  • jgn cepat melatah
  • bertindak matang...:)
  • sentiasa tenang
  • relax2..cool aja..:)
  • think positif...:)
ado lagi yg saia tertinggal?..hehehe..mgkin byk lagi nie..
tapi kan kalu depa-depa nie pakai short-pend yg lepaih lutut pon 
lagi OK..lagi berkat...:)

spec itam kut..:P





















*sayangku HAWA















Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani…


Didoakan moga kalian berada di bawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.


HAWA,
Maafkan aku kiranya coretan ini bias mengguris hatimu…Meskipun ku tahu jiwamu selembut sutera bisa hancur luluh hatimu dengan kata-kata yang bakal aku ungkapkan ini. Namun mengertilah HAWA…kerana kaulah pengubat kesunyian sewaktu aku di syurga.. dan engkau berasal dari tulang rusukku yang bengkok, kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya, lantas ku gagahi jua diri ini…



HAWA,
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini.. Itulah kebesaran serta penelitian Allah di dalam urusanNya… Bayangkanlah Hawa..sekiranya kaumku melebihi kaunmu, pasti dunia ini akan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna kesuraman lantaran kekejaman serta penindasan kerana dirimu…



HAWA,
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda saat ini..Tapi permintaanku duhai Hawa… cubalah renungkan jua yang sebenarnya dirimu kian berubah… Tidakkah engkau mengerti bahawa dirimu adalah seumpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata..namun bukan perhiasan semata.. Duri-duri yang melingkari dirimu, itulah hijab buatmu yang digariskan Allah sebagai perlindung atau perisai yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Di situlah nilai seorang wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkannya terdedah..terdedah kepada kami…kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu yang umpama bahan yang mudah diperkotak-katikkan.. Dimana-mana sahaja bisa ku lihat kaummu menghayun langkah bukan sebaik dulu lagi.. langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang kau kejari? Ku sendiri tidak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-temanku yang lain. Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup menyakitkan mata dan memedihkan telinga.. Sedarkah kau Hawa? Haruskah kau terima hakikat bahawa kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah aku tunjukkan kepadamu dulu!!!! 



HAWA,
Mengapa dirimu kini mesti menjadi tontonan ramai?!! Perlukah kau hiaskan dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan kau miliki dari pelbagai cirri-ciri yang ditegah Islam! Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan sepertimana yang pernah ku alami suatu ketika dahulu… di mana kaum Hawa mempersiapkan diri sekemas dan sederhana yang mungkin.. Cukup ku rasakan kehadiranmu saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan yang kau miliki sedangkan kau tahu dirimu adalah fitnah.. Fahamilah Hawa… usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi dan menjejaki syaitan yang sentiasa meletakkanmu seperti butir peluru yang bisa hinggap di mana sahaja dan meninggalkan fitnah buat kaumku ini!!!



HAWA, 
Betapa sakit dan pedihnya hatiku di saat ku lihat auratmu menjala di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa... suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadap kaummu yang ku kira paling hebat!! Apa tidaknya seurat rambutmu yang dijamah oleh padangan kaumku, ular menanti dimana-mana..sejengkal tanganmu yang kelihatan..aduh!! Banyaknya seksaan yang menanti buatmu… Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat bahawa apa yang perlu kau jaga sebagai seorang wanita ialah auratmu, maruahmu!! Dimanakah maruahmu andai auratmu terpamer di mana-mana?



HAWA,
Tidakkah kau malu terhadap penipuan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri.. di bumi barakah ini..auratmu kau selindungkan di sebalik pemakaian di atas dasar peraturan yang harus kau laksanakan… tapi nun jauh di luar sana..tersentak diriku tatkala meihat dirimu yang jauh berbeza.. ke mana tudung litupmu? Jilbabmu? Apatah lagi tingkah lakumu!!! Di mana hilangnya martabat seorang hafizah yang bibirnya sentiasa basah dengan kalamullah???



HAWA,
Tutuplah auratmu, jagalah dirimu… bertuturlah dengan lemah-lembut tapi bukan dengan lemah-gemalai! Jika terlanjur, ini bisa membawa dosa padamu jua padaku…. Jangan kau perlihatkan apa yang patut kau sembunyikan… tapi ingatlah…cukup sekadar kedua tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan..Bukan kakimu..bukan jua tanganmu..Ingatlah tuhanmu dan tuhanku ada mengatakan:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan meeka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya..” (An-Nur:21)



HAWA,
Andai kau masih belum dimiliki..usahlah kau risau akan jodohmu…ingatlah bahawa janji Allah itu pasti.. “Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik”. Janganlah kau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata untukku..jangan mengenakan busana yang menjolok mata hanya untuk memancingku… kerana kau hanya menarik nafsuku, bukannya hatiku… Jangan sesekali kau bisa mengaturkan pertemuan denganku Hawa kerana aku bimbang kita akan terjerumus ke kancah maksiat…



HAWA,
Mungkin ku harus hentikan bicara ini di sini dahulu… Andai diizinkan Allah, kita bersua lagi di lain lembaran dan yang pastinya kau akan tetap ku bimbingi. Harapanku…muncullah secebis kesedaran di hatimu… dan aku doakan moga Allah membuka hatimu untuk mencetuskan anjakan paradigma kerana darimu akan lahirnya mujadid serta mujahid Islam….

perkongsian dari sahabat blogger kaum ADAM...



hamba hina,









*ukhtiku HAWA






HAWA ,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA,
andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu,
ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA,
lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,
tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,
jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH,
yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik,
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,
cintailah ALLAH di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,
cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..

TUNDUKKAN PANDANGANMU…


sekadar perkongsian dari sahabat blogger dan ILUV ISLAM,

hamba hina,