Tuesday, January 24

Channel 114


Saluran 114 (Astro) berlainan sekali dengan siaran televisyen yang lain. Apa tidaknya iklan promonya sahaja sangat menarik, menenangkan dan comel. =)
Boleh klik sini untuk iklan promo. Musik latar promo ini juga sangat menarik dan memberi seribu makna kepada penonton.

Intisari saluran Al Hijrah ini juga dipenuhi dengan rancangan rancangan yang sangat menarik. Tambahan pula saluran ini memberikan pelbagai ilmu-ilmu baru yang diperlukan oleh masyarakat  era modenisasi ini yang semakin tandus ilmu agamanya. 

Antara program-program ilmiah, islamik dan menarik yang disiarkan ialah 4 Hidayah 4 Hijrah, Madrasah ( Aqidah, Syariah, Akhlak), 30 Minit Ustaz Don, Law Kana Bainana, Fattabiouni dan banyak lagi.

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Selain itu, Al Hijrah mempersembahkan pelbagai slot-slot indah untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak yang dikategorikan sebagai Zon Aulad ( Zon Kanak-Kanak) seperti Pada Zaman Dahulu, Mat Cincang dan Baby Khalifah.
Tambahan lagi TV Al Hijrah sangat bermakna ditonton seisi keluarga kerana had iklannya yang sedikit dan hanya memaparkan iklan-iklan yang bermoral tinggi seperti iklan keselamatan jalan raya, motivasi, hadis, ayat al-quran dan sebagainya. Jadi ibu bapa tidak perlu risau akan kehadiran iklan-iklan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur.



Di sini dinyatakan serba sedikit mengenai tujuan penubuhan TV Al Hijrah.

Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam. 

Boleh like page fb Al Hijrah

p/s : Al Hijrah untuk semua. Selamat Menonton dan Beramal..=)





No comments:

Post a Comment

=)SENYUM =) SMILE =)
=) senyum itu sedekah yang paling mudah =)