Friday, September 21

Isu : Syamail Muhammad



Pernahkah kita terfikir, kala ini masih ada yang masih tidak mengenali Nabi, penghulu umat akhir zaman ini.
Ada rumah yang tidak pernah sekalipun kedengaran berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Kanak-kanak yang dahulunya dibesarkan dengan kisah-kisah teladan para nabi, kini buku itu dibiar berhabuk di dalam almari.
Mengapa ini terjadi? persoalannya balik ke diri.
Mereka lebih gemar akan permainan video dan alat teknologi. Jadi berusahalah untuk menjadikan alat teknologi itu seiring ajaran agama. ( kisah nabi dan doa-doa boleh di install )

Insya-Allah moga-moga ia berhasil.

Remaja, cuba tanya diri anda, berapa ramai yang tahu nama bapa Nabi Muhammad. 
Siapa nama ibu Nabi Muhammad.
Ya. Soalan mudah tetapi tidak mustahil ada yang masih belum tahu jawapannya. 
Sedih dan sebak. remaja yang menjangkau usia puluhan tahun tidak kenal nama, salasilah keluarga baginda. apatah lagi sirah perjalanan dakwah baginda.
Apa yang mereka tahu.. Bersukaria, bersandiwara, bergelak tawa. asyik memikirkan dunia.

Tanpa mereka sedari setiap suara yang mereka alirkan, tiada zikir, tiada selawat, tiada ayat-ayat suci Al-Quran, tiada hadis nabi, tiada ucapan membesarkan Allah walau sekalipun.

Remaja, pemuda pemudi hari ini leka, alpa, tidak sedar bahawa merekalah penyambung panji Islam sebenarnya. hilang akhlak dan nilai budi menyebabkan hidup mereka tambah tidak terarah. mencari solusi penyelesaian setiap masalah sosial yang semakin berkulat. setiap individu bermula dari pemimpin hinggalah rakyat yang dipimpin perlu sedar.

Didikan dan pelajaran yang diterima oleh mereka tidak cukup. bukan salah. tapi tidak cukup untuk menjadikan mereka manusia yang sebenarnya. manusia yang tinggi nilai dan akal budi. sudahkah ibu ayah masa kini membuai anak mereka dengan zikir. tidak. barangkali dengan lagu-lagu asyik artis korea. itu satu. fikir bagaimana pula seterusnya.

Kala jiwa memberontak dan mengecam tindak tanduk Yahudi menghina Nabi kita, masih ada yang seolah-olah tidak ambil tahu.. "biarlah, bukan kacau aku pun" " dapat apa kalau aku tak suka pun"
Ingat. biar sedikit rasa kita itu. ia akan dinilai.
moga ada sedikit rasa benci terhadap penghinaan ini jika tidak mampu melafazkan yang lebih besar. sedarlah, Nabi Muhammad SAW ialah nabi kita.  kita akan mendamba syafaatnya di akhirat kelak.
tidakkan akan tragis kisah kita jika syafaatnya tidak kita dapat malah mungkin dia tidak mengenali kita. Allah. nauzubillah. moga kita tergolong dalam golongan itu.
Namun, nabi Allah ini sangat kasih pada umatnya, sehingga di hujung nyawapun baginda masih menyebut.. ummati..ummati...ummatii ( umatku..umatku..umatku ).. kasih, jasa, dan pengorbanannya ternyata hebat. Kita? soal dirimu.

Tidakkah kita malu dengan sahabat zaman nabi yang bermatian, menggadai nyawa demi Rasul yang mereka kasihi.
AYUH, gerakkan diri, jadikanlah diri kita umat yang mulia seperti yang dijawab oleh nabi apabila ditanya oleh sahabat tentang siapakah yang paling mulia..jawabnya..

"Mereka adalah kaum yang hidup jauh setelah aku wafat, yang tidak pernah melihatku, tapi percaya ucapanku. Yang tidak pernah melihatku, tapi mengerjakan ajaranku. Yang tidak pernah bercakap-cakap denganku, tapi merindukan aku"



Selain mengecam tindakan Yahudi menghina Nabi Muhammad SAW, mereka akan terus menjajah pemikiran kita secara halus lalu melalaikan kita. Mereka tidak akan redha sehingga kita mengikut acuan dan cara mereka. Dari cata hidup, cara berfikir, cara berpakaian, cara mengurus waktu, cara berhibur dan segenap cara hidup tanpa sedar kita mengekori mereka. 

Kita tak mungkin dapat mengubah yahudi kerana mereka sedang menjadi yahudi yang bertepatan dengan ayat Alquran. Mereka benar benar menjadi yahudi seperti dalam Alquran.

Apa yang boleh kita buat ialah kita berusaha menjadi Muslim Mukmin yang disebutkan dalam Alquran. Bacalah Alquran, cari apa sebenar benarnya ciri ciri Muslim dan Mukmin. 

Dalam bab Iqra' yakni tuntutan membaca pun kita kalah, apatah lagi dalam pengkajian ilmu. Kita sombong membicarakan kegemilangan Islam terdahulu sedangkan kita berusahakah mengikut kehidupan kegemilangan Islam itu? 

Tidak salah membantah, apakah selepas perhimpunan dan bantahan itu kita mengubah diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia untuk mengikuti Alquran dan Sunnah? - iluvislam



p/s : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.



Tundukmu pada Yang Maha Kuasa
Ertimu bebas dari manusia
Tunjukkan usaha hanya pada-Nya
Inilah sujud kita
Inilah sujud kita yang merdeka



Sunday, September 16

Bingkai Kehidupan








Bingkai Kehidupan
Album : Tak Kenal Henti !!!
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com


(Intro. Drum)
Ha hahaha hahaha hahaha
Haaa hahahaaa hahahaha hahahaha

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi



Sujud Merdeka



Sujud Merdeka


Langkah mu tegap tegak mu sasa
Engkaulah pewaris risalah
Dengan semangat azam pemuda
Bawa panji menawar hidayah 
(2x)

Dan bersujudlah hai mujahid muda
Di mihrab inilah dakwahmu bermula
Membina kekuatan hadapi rintangan
Mengumpul bekal sepanjang perjalanan

Hubungkanlah jiwamu dengan tuhan
Di mihrab inilah bermulanya seruan
Menyentuh jiwa insan mengenal tuhan
Nyalakan sinar generasi harapan

Langkah mu tegap tegak mu sasa
Engkaulah pewaris risalah
Dengan semangat azam pemuda
Bawa panji menawar hidayah 

Dan bersujudlah hai mujahid muda
Di mihrab inilah dakwahmu bermula
Membina kekuatan hadapi rintangan
Mengumpul bekal sepanjang perjalanan

Hubungkanlah jiwamu dengan tuhan
Di mihrab inilah bermulanya seruan
Menyentuh jiwa insan mengenal tuhan
Nyalakan sinar generasi harapan

Tundukmu pada Yang Maha Kuasa
Ertimu bebas dari manusia
Tunjukkan usaha hanya pada-Nya
Inilah sujud kita
Inilah sujud kita yang merdeka






Tuesday, July 24

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.=)



Assalamualaikum.








Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa. (H.R. Bukhari dan Muslim) 



Mesej :  Salam Ramadan buat insan yang berpuasa di bulan rahmat ini.
biar sibuk dengan ibadah dan kerja di jalan Allah. tenang dan ketahuilah Allah akan membayarnya di dunia dan akhirat. Insya-Allah. 





Friday, July 13

HB Cik Dodoi Doi.









Tuesday, May 22

Wednesday, May 16

Selamat Hari Guru 2012


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.




♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Terima kasih guru
Kerna hulur tanganmu
Ku menghargai setulus jiwaku
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

teristimewa buat cikgu-cikgu.

SK Simpang, Taiping
SK Pengkalan Aur, Taiping
SK Sri Limau, Kedah
SMK Taman Jelutong, Kedah 
SMKA Al Irshad, Pulau Pinang
IPG Kampus Bahasa Melayu, KL

:: Semoga terus tegar menabur bakti kepada anak pertiwi::
:: Semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan diberkati ::
:: Maaf zahir batin ::
:: Doakan bakal penyambung delegasi murobbi ini =) ::
:: Semoga kita bertemu lagi ♥. Insya-Allah ::

Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar cikgu 



sedih. sebak. :' terimakasih cg <3


Tema hari guru 2012 "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"
kita bukan hanya mengajar tapi mendidik mereka menjadi manusia. arkitek bangsa !
Biar mati sebagai pejuang. Jangan hidup bernafas sebagai pertualang.








Monday, May 7

The number one for me






i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day
( From: http://www.elyrics.net/read/m/maher-zain-lyrics/number-one-for-me-lyrics.html )

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me

Maher Zain – Number One For Me 


mms :  Saya Sayang Mak dan Ayah saya <3





Sunday, May 6

Nilam Kasturi 100



Terima kasih

Nilam Kasturi kerana menjadi followers sy yg ke-100
nah belon Warna Warni buat awk.  ! terbanglah tinggi.


SEMOGO TERUS BERSINAR SEPERTI NILAM DAN HARUM BAK KASTURI.



P/S Tulisan besar melambangkan besarnya penghargaan ini. Syukran Jazilan Nilam. =)




Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran


Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran


"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." 
- (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning).

Pengenalan 
Artikel ini menjelaskan pengertian dan kepentingan mengulangkaji pelajaran serta bagaimana dan bila ulangkaji harus dimulakan.

Pengertian Mengulangkaji
Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI? 
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:

  • Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
  • Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  • Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  • Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  • Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
  • Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.


Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir) 
Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.

Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda. 


  • Merancang Program Mengulangkaji
  • Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
  • Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan. 
  • Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
  • Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran. 
  • Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar. 
  • Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluarberdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
  • Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  • Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalahberhubung dengan pelajaran.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.
  • Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji

Mata Pelajaran Yang Anda Lemah
Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa. 
Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda. 
Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.Menilai Keupayaan Anda 

Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan. 


Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.

1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan 

Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan 

Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya. 

3. Penilaian Secara Lisan 

Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.



Mengatasi Kelemahan Mencari Sebab (Post-Mortem) 

Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

Sebab-sebab kesalahan berlaku:

Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. 
Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.

Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. 
Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.

Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami. 
Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.

Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. 
Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.

Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan. 
Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.

Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:

Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran. 
Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. 
Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali. 
Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.
Nota: Artikel ini adalah sedutan dari buku Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Menghadapi Peperiksaankarangan Taidin Suhaimin.

(Hakcipta Terpelihara) 2012, Taidin Suhaimin


TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau.http://www.taidinsuhaimin.com



mms: Selamat mengulangkaji pelajaran cikgu-cikgu. Manfaatkan 'study week' atau minggu belajar.



Tips : Adab Belajar



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.



Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
Jangan menyangkal kata-kata guru.
Jangan mengumpat pelajar lain.
Jangan berbisik di hadapan guru.
Jangan berpaling kiri dan kanan.
Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
Rujuk guru dalam memilih ilmu.
Jangan duduk tempat guru.
Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
Muliakan anak-anak guru.
Selalu berhubung dengan guru.
Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.






Friday, May 4

Umrah


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH 
paklang, maklang n tok.








mms: seronok jumpe 'family' ramai2. best. mcm raya ja.
gprs: lawatan sekitar KL bersama pakndak n family.







Untukmu Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..


mms: belajarlah. bacalah. hayatilah. selamilah.
3G: Doakan aku, kamu dan dia menjadi wanita solehah.

salam sayang,



Tuesday, May 1

Saya Sayang Buku


Assalamualaikum..
Suka tak dengan buku.? Mesti suka kan. kan. kan.
Jom kita tengok buku-buku yang Comel2 belako..



atass ni hasil Baucar Buku IPG. 





Yang ni plak hasil Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tadi. 1 Mei 2012.

MMS: Terimakasih byk2 k.long n k.muni ajak n bawak pi pesta buku. makan2 lagi. hihiii
SMS: Ilmu Allah sgt luas. 

Surah Luqman ayat 27 yang bermaksud “ dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambah pula tujuh lautan lagi sesudah keringnya, nescaya tidak akan habis dituliskan kalimat Allah yakni ilmunya”.
hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik yang bermaksud "Sesungguhnya, orang yang berilmu didunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk dalam kegelapan didarat dan dilaut.”

BBM: maaf. x dpt cerita pjg. bz skit "bacabacabuku"




Saturday, March 10

PBS with BFF at SKM


PBS with BFF at SKM

Program Berasaskan Sekolah bersama Best Friend Forever di Sekolah Kebangsaan Mengkuang.


Ini BFF saya. =) 
geng PBS first yang banyak membantu dalam menjadikan PBS pertama ini indah, menarik dan berharga,
Thanks SAHABAT !

Mereka adalah classmate saya Piya (roommate comel) dan Khalim.
IPG Tuanku Bainun : Ikhlas, Abu dan Khalid
IPG Perlis : Shafik

Aktiviti PBS :

assigment dari sekolah dan IPG..( huhu..yg IPG dop siap gik ni. ) aduii
relief kelas : Kelas Bestari, Cemerlang, Potensi dan Wawasan..
kelas yang mencabar ialah kelas Wawasan ! ( Moga terus berwawasan wahai murid2..nyanyi2 lagu Wawasan UNIC =p )
dan banyak lagii...=)

Arkitek bangsa yang memanusiakan manusia.
Once a teacher always a teacher.
Bukan hanya guru yang menilai murid tetapi murid juga menilai guru.
Nak jadi cikgu bukan senang. Gurulah segala-galanya. Doktor? Peguam? dll.
Mulianya kerjaya guru.Murobbi. 
Besarnya amanah yang dipikul.
Umpama lilin yang membakar diri. Berkorban untuk menerangi jalan hidup anak didiknya.
Erti kesabaran sebenar. belajar bersabar~!







Sunday, February 26

Lukisan Alam





Hijjaz
Lukisan Alam 


Hidup tidak selalunya indah 
Langit tak selalu cerah 
Suram malam tak berbintang 
Itulah lukisan alam 
Begitulah aturan Tuhan 

Jadilah rumput nan lemah lembut 
tak luruh dipukul ribut 
Bagai karang didasar lautan 
Tak terusik dilanda badai 

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu 
Dalam senang... awasi kealpaanmu 
Setitis derita melanda 
Segunung KurniaanNya 

Usah mengaharapkan kesenangan 
Dalam perjuangan perlu pengorbanan 
Usah dendam berpanjangan 
Maafkan kesalahan insan 

Dalam diam... taburkanlah baktimu 
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu 
Suburkanlah sifat sabar 
Dalam jiwamu itu 
Di dalam jiwamu itu


message : "Jαdilαh orαng yαng bαik, αpαbilα αdα disenαngi, αpαbilα pergi dirindui, αpαbilα mαti dikenαngi."
"orang yang kelakuannya baik, bila dia ada dia sentiasa disenangi oleh manusia, bila dia takde dia sentiasa dirindui oleh manusia, dan kalau dia mati, kenangan bersamanya tetap dikenang sampai bila2".
"Jangan tertipu dengan badan yang sihat, kerana mati tidak semestinya sakit, Jangan tertipu dengan usia yang muda, kerana mati tidak semestinya tua"
mms :
Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Mengapa Harus Begini??




Tombo Ati
Artist: Opick
Song Category: Nasyid

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe


Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani


Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah


Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi


message : Ubat Hati ada 5 perkara 
Baca Al-Quran dan maknanya
Solat Malam
Berkumpul dengan Orang Orang Soleh
Banyakkan Berpuasa
Zikir Malam

gprs : Kala hati resah, gundah, keliru. Kala fikiran sakit, pening, runsing. Kala itu hati celaru, risau, luka. Terasa ingin pergi ke dunia lain. Sakit !  Walau tidak banyak tapi cukup untuk menangis.
bbm : Adakah salah menjadi BAIK sangat? Perlukah ada Jahat sikit? ( Tolong jawab ini !! Tolong..)

mms : Seolah dipermainkan. Jika ingin menilai  usah menguji dan mengeji. Jika ingin mengerti usah dipermainkan diri dan hati. Nanti diri sendiri x dipercayai. Ingat !  Moga kau diberi kesempatan untuk percaya mempercayai dan dipercayai.

Maafkanlah salah silap selama ini. Mungkin ada yang tersisa di hati, terbekas di jiwa. Hadirkanlah hujan di hati agar sisa dan bekasnya dibawa air.

✿~Apabila kita merasakan diri kita benar, tak perlu lantang menyatakan kepada dunia betapa benarnya kita, teruskan lakukan perkara yg benar dengan ikhlas, sabar dan istiqomah, Insyallah akan terserlah juga kebenarannya....sekiranya masih ada keraguan dan ketidak-percayaan, itu tandanya Allah telah menutup hatinya untuk melihat kebenaran..✿~. 



Ar-Ra'd ayat ke 28 - 
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". 
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.





Friday, February 24

Aishah Humaira




Aisya Humaira
Album : Tika Itu
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com




Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan 
Peniup semangat suami


Khabar al kisah ku titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu mahar melebih 
Yang setanding embun kasirin


Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya nur itu
Bagi membuktikan kepalsuan 
Tuduhan seorang pendusta


Pilihlah hikmahnya 
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah 
Mempersia-sia ketabahan soerang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan 
Yang penuh lena ujian


Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora


Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau 
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu


message : buat insan yang sedang terkilan mungkin, sabarlah. Allah ada bersama orang yang sabar.
mms : Ikhlaskan niat. Moga dibersihkan titik noda di hati kita.
gprs : luahkanlah segalanya. mungkin ini akan membuat jiwamu tenang. menangislah andai itu yang membuat hatimu tidak lagi bergelora. tapi jangan biar marahmu bersembur kerana ia api yang akan membakar jika tidak dikawal. (andai dapat membantu menyejukkan hatimu..)
bbm : Fokus lirik Aisyah Humaira ( purple colour )