Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts

Monday, June 16

Baca Buku : Ibrah Al Fateh


Sesetengah manusia membuat analogi, bahawa sesungguhnya, hidup ini umpama sebuah kapal yang berlayar di lautan luas. Sedikit canggung bunyinya, namun saya amat bersetuju.

Sempadan samudera biru cukup luas. Tidak terlihat dek mata meski diakui kewujudannya. Sebuah kapal yang berlayar, jauh membelah lautan, meredah ombak dan badai, menuju destinasi idaman, amat butuh kepada dua perkara asasi. Kecukupan bahan bakar untuk terus berlayar dan kejelasan destinasi yang ingin ditujui. Datangkanlah nakhoda sejaguh mana sekalipun, pilihlah meranti terbaik di belantara untuk dijadikan kayan kapal tersebut atau rentanglah kain layar selebar langit Tuhan untuk dijadikan layar pelayaran, namun, jika tidak cukup bahan bakarnya dan tidak tahu hendak ke mana, usah menjadi umpama Laila yang menanti bulan jatuh ke ribanya.

“Bahan bakar” dan “destinasi” adalah dua rahsia daripada jutaan rahsia yang menjadi inti sebuah kegemilangan. Dalam cubaan menterjemah dua kalimah ini ke alam realiti, saya menemui jodoh tertepatnya adalah bekalan dan inspirasi atau matlamat. Mengapa dua kalimah ini?

Bekalan atau bahan bakar adalah sumber tenaga untuk bergerak. Untuk terus mara ke hadapan. Manakala, inspirasi atau matlamat adalah dorongan dan keinginan yang jitu terhadap sesuatu sasaran untuk dicapai. Mudah bicara, tahu hendak ke mana dan cukup bekalan untuk bergerak, maka akan sampai ke destinasi tujuan atau terhasil kejayaan.

Dunia menyaksikan, dalam tahun-tahun yang sudah berlalu, bahawa telah lahir ikon dunia dengan kejayaan tersendiri mereka. Adakalanya, ia bersifat peribadi. Tidak kurang juga, kejayaan tersebut memberi sumbangan yang signifikan dan impak yang cukup maksima dalam kehidupan. Penciptaan roda, telefon, mentol, formula kalkulus, dan pelbagai lagi penemuan agung muncul satu demi satu mengisi keperluan manusia.

Saya mengambil sebentar tumpuan sekalian pembaca budiman. Tolehlah ke belakang dan lihat keagungan sejarah milik kita. Meski sudah berlalu, namun bekas kegemilangan Islam masih ada dek kerana dalamnya kesan yang ditinggalkan. Menanti untuk dihidupkan kembali.

Muhammad Al-Fateh dan tenteranya adalah bukti kebenaran janji Ilahi menerusi kata-kata kekasih-Nya:


“Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Kehebatan kisah ini dirakam dalam sebuah puisi perjuangan:

Utusan Tuhan bersabda,
Benarkan satu ketika,
Derapan kuda kan tiba,
Bebaskan Kota di Roma.

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantin gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hasan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Dialah sebaik raja,
Merekalah sebaik tentera.

Demikian kisah ini ditinta dengan darah dan jiwa mereka. Demi menghirup nikmat redha Tuhan.

Walau bagaimanapun, ketika kita menyelusuri kisah Al-Fateh dan tenteranya, acap kali kita terlepas pandang satu noktah besar. Satu noktah yang secara tidak sengaja tersembunyi.

Bolehkah kita katakan, Al-Fateh itu kehebatannya datang secara tiba-tiba? Secara ajaib? Bagaimana susuk tubuh itu mampu memerintah 20 buah negara pada usia 19 tahun? Apakah pengalaman berharga yang pernah dilaluinya? Dengan siapa proses itu dilalui? Siapa yang membinanya? Siapa guru kepada Al-Fateh?

Sheikh Aq Shamsuddin adalan insan yang telah membentuk keterampilan dan wibawa baginda sultan. Seorang yang faqih ilmu syara’ dan mengasuh Al-Fateh sejak kecil. Perkembangan baginda diperhati dengan begitu rapi dan teliti. Al-Fateh dididik meninggalkan kemewahan sejak kecil, dibina jiwanya atas akidah dan ilmu syara’ yang jitu, dan dikembang keilmuan dan pengetahuan lain seperti seni peperangan, urus tadbir negara, kemampuan mengawal emosi dan lain-lain lapangan ilmu. Tinggal di dalam istana ayahandanya tidak menjadikan Al-Fateh mabuk dunia. Bahkan, malam harinya diisi dengan tangisan merindui kekasih hakiki dan siangnya tangkas memimpin dan berbakti.

Sheikh Aq Shamsuddin memenuhkan jiwa Al-Fateh dengan bekalan yang mencukupi dan menjelaskan dengan sebenar-benar penjelasan tentang destinasi yang harus ditujuinya. Holistiknya pemahaman terhadap Islam yang meliputi aspek negara dan watan, pemerintahan dan ummat, akhlak dan kekuatan serta rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, juga kebendaan dan harta serta usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah. Semua ini berdiri atas asas akidah yang benar dan kukuh serta ibadah yang sah. Kefahaman yang jelas ini mengalir panas dalam pembuluh darah baginda sultan sehinggakan diterjemah dengan pembukaan Kota Konstantinopel. Begitu besar kesan yang ditinggalkan sang guru kepada anak didiknya.

Demikian realiti seorang guru. Menjadi pemangkin kepada pembangunan sebuah peradaban yang dikagumi.

Bahan bakar dan destinasi tujuan yang dinyatakan pada awal penulisan diadun sebati di tangan seorang insan bergelar guru adalah formula mujarab kepada kemajuan. Secara peribadi, cermin diri kita sendiri. Di mana kita berada sekarang. Kita lihat, apa pencapaian kita, apa pola perubahan kehidupan yang pernah kita lalui, ketika keluarnya kita dari dunia gelap kepada terang sinar mentari dan ke mana hala tuju kita seterusnya, siapa menjadi pemula kepadanya. Sedar atau tidak, di sebalik setiap pencapaian itu, berdiri kukuh seorang insan bergelar guru menunjukkan jalan dan mempersiapkan kita menghadapi hari-hari muka. Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Profesion seorang guru mampu menjadi penentu jatuh bangunnya sebuah tamadun manusia. Kerjaya mendidik adalah satu perlaburan jangka panjang yang amat bermanfaat. Kerana hasilnya terhadap seorang pelajar, akan dia secara individu rasai dan masyarakat secara keseluruhannya nikmati setelah puluhan tahun berlalu. Memetik kata-kata Tsun Zhu, seorang panglima dari China: ‘untuk membina sebuah tamadun yang hebat, ahlinya perlulah sanggup menyemai benih-benih harapan dan menanam pokok-pokok impian yang mana tidak akan mereka nikmati enak ranum buahnya’

Bermula zaman Nabi Muhammad SAW, proses pendidikan dan pembinaan modal insan amat dititik beratkan. Ia adalah tunjang kepada dakwah baginda. Sahabat awal yang memeluk Islam seperti Abu Bakar, Zubair bin Awwam, Ali bin Abi Talib, Talhah, dan Bilal adalah di kalangan sahabat yang pernah melalui asuhan baginda Rasul di rumah Arqam. 
Ayat-ayat cinta Ilahi turun lembut menyapa hati dan jiwa mereka umpama menitisnya air di atas kerasnya batu. Akhirnya melekuk dan berbekas. Jiwa sanubari manusia akan sangat responsif terhadap benarnya kalimah suci Tuhan. 
Matlamat daripada proses murni ini adalah untuk menanam dalam hati nurani dan sanubari para sahabat, bahawa agama adalah satu sistem hidup Ilahi yang diatur untuk sekalian umat nanusia. Satu sistem mutlak yang mampu menyeimbangkan kestabilan antara alam buana dan jiwa manusia. 
Di situ sekalian sahabat menemui bekalan terbesar dan destinasi tujuan sebenar di sebalik rahsia penciptaan mereka. Maka bertebaranlah mereka ke seluruh pelusuk alam menyampaikan dan menyambung laungan dakwah nabi yang berseru di atas Bukit Safa. Sehingga kini, seru jeritan itu bersambung terus menerus bertukar susuk penyeru sehingga sampai ke jiwa kita.

Demikian peri pentingnya seorang guru dan proses pendidikan untuk membina sebuah peradaban.

Berlalunya zaman sahabat, berganti penyeru lantas memayungi ummat. Imam Ahmad, gemar bersama masyarakat dan anak-anak muda dalam majlis-majlis mereka. Lalu, beliau mengenali mereka, menasihati mereka, mendidik, dan menunjukkan hakikat kehidupan yang sebenar. Begitu si Imam mengimani bahawa generasi muda perlu dididik. Dialah imam, dialah guru.

Seruan itu juga disambut dan disampaikan oleh golongan manusia masa kini. Bersumberkan intipatinya yang sama. Dua pedang yang menjadi tonggak muslim, Al-Quran dan Sunnah adalah titik kembali yang sama antara kita dan mereka. Seorang pejuang Islam, Sheikh Mustafa Masyhur menyatakan dalam salah satu karyanya (Jalan Dakwah):

“dalam fasa pembinaan dan penyediaan individu yang terbaik, sudut utama dan terpenting yang perlu diberi penekanan lebih adalah membangkitkan jiwa daripada kelesuan yang panjang.”

Juga Allah berfirman,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (Surah Ar Ra’d: 11)

Sememangnya, sejarah menyaksikan, jasa seorang insan bergelar guru tidak mungkin terpadam. Bergantilah tokoh-tokoh hebat di sekeliling kita, pasti sebelum itu, dalam memulakan pelayaran kehidupan yang jauh dan panjang, untuk mengumpul bekalan dan mengetahui destinasi tujuan, pernah mendapat sentuhan manusia dipanggil guru. Yang mana telah lebih awal bersama tokoh tersebut saat dia belum ada apa-apa dan belum bergelar sesiapa. Kudrat dan keringat yang mengalir tidak diharapkan apa-apa melainkan hanya mahu menyaksikan anak didiknya mampu menjadi lebih baik daripada dirinya.

Buat sekalian jiwa yang membaca, ingat kembali bagaimana kita boleh berada di sini. Bagaimana banyak tenaga yang dicurahkan guru dalam mendidik kita, melayani setiap kerenah, mengisi penuh bekal-bekal perjalanan, dan meluruskan destinasi tujuan. Kuatkan usaha dan azam dalam belajar kerana suatu hari nanti, kita pula akan menjadi sebahagian batu bata kepada binaan Islam yang agung. Jangan terlalu asyik mendongak purnama di langit sehingga terlupa hijaunya rumput di bumi.

Kepada sekalian guru, teruskan kegigihan mara melangkah kehadapan untuk mendidik dan membina ummat tercinta. Walau betapa penat anggota badan dan kusut masai pemikiran, yakinlah bahawa setiap usaha kalian untuk membina generasi harapan adalah saham-saham yang akan memastikan Islam kembali tertegak ke kedudukan asalnya semula. Hanya Tuhan Yang Satu mampu membalas gunungan tinggi jasa kalian kepada kami.

“Kapal sudah di pelabuhan,
Peta sudah di tangan,
Sauh sudah diangkat,
Layar telah dibuka,
Bahan bakar sedang membara,
Destinasi tujuan menjadi inspirasi bersama,
Segalanya dimulakan oleh seorang insan biasa,
Dengan lembut sabarnya dia mengajar,
Mengaji, mengeja, membaca, menulis, dan mengira.”


Oleh: Muhammad AD bin Satiman,
Tahun 2, Kuliah Usuluddin,
Universiti Al-Azhar (Kaherah)






Tuesday, May 1

Saya Sayang Buku


Assalamualaikum..
Suka tak dengan buku.? Mesti suka kan. kan. kan.
Jom kita tengok buku-buku yang Comel2 belako..



atass ni hasil Baucar Buku IPG. 





Yang ni plak hasil Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tadi. 1 Mei 2012.

MMS: Terimakasih byk2 k.long n k.muni ajak n bawak pi pesta buku. makan2 lagi. hihiii
SMS: Ilmu Allah sgt luas. 

Surah Luqman ayat 27 yang bermaksud “ dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambah pula tujuh lautan lagi sesudah keringnya, nescaya tidak akan habis dituliskan kalimat Allah yakni ilmunya”.
hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik yang bermaksud "Sesungguhnya, orang yang berilmu didunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk dalam kegelapan didarat dan dilaut.”

BBM: maaf. x dpt cerita pjg. bz skit "bacabacabuku"




Tuesday, December 13

Hafalan Shalat Delisa



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM 

Kebelakangan ini, kehangatan media massa seperti facebook dan you tube semakin dirasai dengan kehadiran video-video yang membuatkan pengguna laman sasawang terhenti sejenak, terfikir seketika tentang sesuatu.
Video yang amat menarik perhatian ini adalah trailer filem terbaru di Indonesia iaitu
Hafalan Shalat Delisa



Ternyata ! Setanding dengan penonton trailer ini yang agak ramai menyukainya, ia tidak mengecewakan. sebuah trailer yang menyayat hati dan memberikan kesan kepada sesiapa yang menontonnya. Ketabahan seorang gadis kecil bernama Delisa itu sungguh terkesan hati.
Setelah men"google" beberapa minit =) 
Alhamdulillah saya telah menemukan dengan sesuatu yang sangat indah.

Ya! Novel Hafalan Shalat Delisa.
Ya! Saya juga telah membacanya.
Novel Indonesia pertama yang saya baca!


 Hafalan Shalat Delisa.

E-book yang saya download ternyata melegakan hati saya yang berteka teki pengakhiran cerita Delisa yang hanya ditonton trailernya sahaja.

Betapa indahnya ceritera mengenai puteri kecil yang bersederhana menjalani liku-liku hidupnya setelah dilanda ombak besar yang meragut nyawa insan yang disayanginya.
Betapa tegarnya gadis bertudung biru itu menghadapi cabaran yang mendatang tanpa kaki kanan dan tempat  bermanja.
Betapa suci hakikat Islam dan hidayah Allah itu. Nur hadir tanpa diduga.
Betapa gadis polos bernama Delisa ini mampu meruntunkan hati insan di sekelilingnya.
Betapa bahagianya gadis kecil ini bersama Ummi, Abi dan tiga saudari solehahnya.
Betapa kasihnya Delisa kepada Abi dan Ibunya kerana Allah.
Betapa riangnya dia bermain bola di pesisir pantai.
Betapa derita perjalanan hidup yang dilaluinya.
Nyata! Novel dan Filem ini memberikan sejuta makna tersurat dan tersirat.

Olahan yang indah dan cantik oleh penulis sangat memberikan kesan kepada saya selaku pembaca.
Kehadiran masyarakat asing seperti penjual rantai atau kalungan yang sangat menghormati Islam dan kehadiran sukarelawan dari Amerika juga membuatkan novel ini bertambah menarik.

Mesej : Boleh download ceritera gadis berjilbab biru ini di Ebook Hafalan Shalat Delisa
Boleh baca juga di googlebook. Klik SINI
GPRS: Sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanya kerana Allah.
Iphone : Cuma satu..hehe..agak keliru dengan panggilah 'kakak' dalam bahasa indonesia..keliru jantinanya samaada lelaki atau perempuan. Kosa kata yang keliru masih boleh difahami jika dibaca dengan baik dan mengikut kronologi.=)
MMS: Saya nak buat cerita gini gak la..hehe~!
Blackberry: Ujian adalah tarbiyah daripada Allah, Apakah kita kan Sabar ataupun sebaliknya. 





Sunday, December 11

Baca Buku : Hadis 40 Imam Nawawi




Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis. Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da’i. Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya.


Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.



Penulis 
: Ustaz Zahazan Mohamed
: Hj Muhammad Zakaria 

Kod Katalog 
: TBBK 1106 

Kod ISBN 
: 978-967-388-012-6 


Harga 
: Semenanjung M'sia - RM23.00
: Sabah / S'wak: RM25.00


Mesej : Buku yang cantik, maklumat yang baik, ilmu yang diperlukan.
JombacaBuku. =)
GPRS : Nak beli buku secara online? Klik SINI.
MMS : Ilmu.Amal.Taqwa