Nah. Listen.
Mat Lutfi memang terbaik la bab bagi orang gelak dan sambil gelak banyak 'moral of story' dalam video kurang 5 minit ini. Rugi tak tengok.Silakan nonton ya!. Mahasiswa berintegriti itulah matlutfi (tetibe). btw belajarlah menerima pandangan orang tidak kira orang itu muda, tua, kacak, huduh, miskin, kaya dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Tak payah la nak sangkut-sangkut dengan binatang. sekor cukupla. sian binatang tu. Kalu dr.haiwan dimaafkan. but we are human. not animal. lalala.
Mat Lutfi : Satira moden. Tidak pasti samada telah melanggar etika moral atau tradisi religi. Mintak dijauhkan rasa lebih mulia daripada subjek yang ditekan. Jangan maki, berdosa.
Layan Mr.Bie. great boy with a great voice. Sabahan. Byk juga parodi yang dah dimuat turun oleh Mr.Bie ni. Dgrlah. banyak manfaatnya. kreatif, inovatif, fantastic. Cute also. Bertuturlah dengan berhikmah. Mendengarlah dengan berhikmah juga.
Buat yang masih kabur dan pelik. apa kehenya dok Listen Listen ni. boleh la tengok video kat bawah ni. FIKIR.
mms : mahasiswa perlu diberi peluang untuk bersuara dan menyatakan pendapat.
gprs: untuk melahirkan lebih ramai insan prihatin yang berkarisma, institusi pendidikan dan keluarga harus memberi latihan dan persekitaran yang membolehkan mereka berani meluahkan apa yang mereka rasa dengan bertatasusila. bukan hanya mendengar. mematuhi dan mengekor satu persatu yang keluar dari mulut orang dewasa. walaupun diketahui kebenaran yang berselindung di sebalik kefasihan melontar kata.
tweet : belajarlah untuk berhikmah dan bertoleransi dalam mendengar atau berhujah.
Bicara dan diam laksana dua sisi dari sekeping mata wang, yang tidak mungkin dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada umat manusia. Dengan berbicara, manusia boleh berinteraksi sesama mereka dan menjadi makhluk yang termulia di antara makhluk-makhluk Allah yang lainnya.
"Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati" - Surah Isra':28
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" - Surah Luqman:19
No comments:
Post a Comment
=)SENYUM =) SMILE =)
=) senyum itu sedekah yang paling mudah =)