Friday, April 26

Dedikasi buat Pn. Che Zainon Omar


Walau kau jauh nun di sana
Takkan ku lupakan kenangan besamamu
Moga Allah kan memayungi
Dengan rahmatNya
Kasih sayang terjalin - Kenangan Bersama (Amar)


Harum mewangi


Anak kecil itu termanggu,
di tangga kecil rumah usang dipinggir desa,
menghirup sejuk udara nyaman,
menatap indah warna seindah pelangi,
terimbau kenangan bersama seorang insani,

Terdengar sayup suara emas itu,
suara yang buatku termimpi,
insan yang banyak menabur budi,
insan yang tidak lelah memberi,
insan yang terkesan di hati,

hatinya selembut baldu,
jiwanya kental gigih demiku,
derap makna setiap langkahmu,
bibir tersenyum tanpa lesu,
wajah tenang damai selalu,

demi agama, bangsa, dan negara,
amanatmu itu kupahat selalu,
agar setiap jerih payahmu,
tidak tersisa walau seinci,
bersama doa iring pergimu,

hadirmu membawa cahaya,
membakar semangat perwira,
moga terus memberi sinar tanpa sirna,
menghunus pena untuk yang tercinta.
moga dirimu terus mekar bak bunga,
harum menawan bagai delima,
moga kita bertemu kembali di syurga.
Insya-Allah.





p/s : Doakan anak didikmu ini menjadi pendidik yang bercahaya untuk menerangi jiwa anak bangsa. Sayang Pn. Che kerana Allah. Moga terus berada di bawah kasih dan rahmatnya. Insya-Allah berjumpa lagi.

Buah pauh delima batu, 
Anak sembilang di tapak tangan; 
Walau jauh di negeri satu,
 Hilang di mata, 
di hati jangan.



Thursday, April 4

Jepun kan Malaysiaku


10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.






Undi Undi

Kempen akan berlangsung mulai hari ini, masing-masing akan mempromosi parti pilihan mereka. 
Mulai saat ini bolehlah kita fikir-fikirkan mana pilihan yang terbaik. Bagi yang masih tercari-cari, bolehlah solat Istikharah supaya Allah tunjukkan pilihan yang terbaik, bukan pilihan yang menurut hawa nafsu dan akal yang terbatas. - Imam Muda Hasan Adli


Nah ! hak ni best. dari Mr. Bie kita. ;)
Ngundi Molek deyy.

Thats All kopi pasta dengar cakap.


Sayang selalu.


Mereka istimewa, biar seisi dunia mencela, mereka bahagia sering tertawa, tidak kenal erti derita, karna mereka insan sempurna, dijamin syurga. 


Hidup menabur budi, mencambah benih, berkhidmat sepenuh hati, lahirkan insan berpekerti, sehebat Sultan Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayubi.


Mengukir senyum, bercita tinggi, berwawasan murni, perlu disayangi sepenuh hati, moga jadi insan sejati berbakti berbudi pada agama dan pertiwi.




Firman Allah dalam Surah Al Qasas, ayat 77 –
“ Dan sayangilah manusia sebagaimana Allah sayang kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat bencana”

Rasulullah menegaskan peri pentingnya kasih sayang ini dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah,
“Demi diriku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dinamakan beriman sehinga kamu berkasih sayang”

Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhary, nabi bersabda,

“Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri “ 



Monday, March 25

Mini Giveaway Aisyah Humaira'


Salamualaik. ;)
Jom Join mini giveaway Aisyah Humaira' nie. Mana tau ada rezeki kan.









Thursday, February 21

Buatmu di sana.




Derita mereka bukan tanda lemah,
Derita mereka rela bermandi darah.

Tangis mereka bukan minta simpati,
Tangis mereka ikhlas syahidkan diri.

Siapakah mereka?

Mereka yang tegar di bumi suci,
Mempertahankan maruah dambakan mati.

Di sana mereka berdarah menentang penjajah,
Di sini kita relakan pemikiran terjajah.

Di sana bom jangka meletup bergema,
Di sini melodi asyik peneman setia.

Di sana anak kecil menangis kehilangan abi ummi,
Di sini anak kecil derita didera mummy puppy.

Di sana pemuda tentera menghafaz Al-Quran,
Di sini pemuda ligat bergembira di atas jalan.

Di sana pemudi gagah perkasa memegang senjata,
Di sini pemudi megah dengan indahnya cinta.

Di sana restu sang ibu buat anaknya syahid,
Di sini restu mummy melihat anaknya berpenyakit.

Di sana restu abi iringi langkah pejuang,
Di sini restu puppy lihat anak isteri bertelanjang.

Siapakah mereka?

Sampai bila mereka akan terus menjadi mereka.
dan sampai bila di sana akan terus merana.

Siapa di sini yang masih tidak mengerti untuk persiapkan diri.
dan sampai bila di sini akan terus menyendiri.

-as syifa-

Buatmu di sana.


Thursday, January 24

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّ


Assalamualaikum, salam maulidur rasul. ;)








mesej : Jum dengar Qasidah. Best. Ya Hanana, Ya Badrotain, Solatunbissalam. Ya Toiba dll.
bbm: Tiada di sisi, Sentiasa di hati, Sirah nabi sama telesuri, Al Quran Sunnah pegangan abadi,
Tinggalan nabi untuk umati, Hampirkan diri pada Illahi.
gprs: Ingatlah dan berniatlah dalam setiap pergerakan kita, setiap denyut nadi kita kerana Allah dan mengikut sunnah rasulullah. moga diberkati setiap amalan. Allah. Islam itu mudah. usah susahkan. Nak minum makan nanti. letak sudu tepi. guna tangan kanan. niatlah mengikut sunnah. Insya-Allah.


Rindu. :')





Wednesday, January 16

Laksana Amanah Jangan "U-TURN"



Amanah Menghambatku

Bingkisan kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini. Terimbau terngiang-ngiang saat itu. kata-kata ini bergema memenuhi runag dewan pada pagi itu,

"Untuk jawatan......... disandang oleh ....................................".

Tika itu semua mata memandang ke depan mencari-cari pemilik nama yang disebalik namanya bererti 'kegembiraan'. Orang lain kelihatan gembira, tetapi tidak pada pemilik nama itu. Debar dihatinya hanya pemilik hati ini yang Maha Mengetahui. Melangkah kaki tanpa sikit pun menoleh kiri kanan hanya mata tertumpu melangkah ke depan.

Saat itu hanya Allah mengerti betapa hati ini berbaur rasa. Ini jalan yang dipilih. Tiada lagi istilah mengundur atau turning back mahupun U-Turn . Yang ada hanya satu iaitu mengalas tanggungjawab hingga ke akhir mercu. Pada awal, berdiri di depan ramai umat manusia pertama-tamanya tentu berasa gemuruh, namun lama kelamaan jika perasaan itu dilontar jauh pasti kegusaran itu dapat diatasi dengan mudah. Semuanya bermula dengan 'mind setting' kita sendiri.

Ya, mind setting'. Boleh kita ambil umpama seorang yang demam, bila demamnya itu diberat-beratkannya, mukanya dipermuram-muramkan nescaya demam akan bertambah tetapi kalau dilawannya dengan berkata "Ah, aku tidak demam", dengan sendirinya demam itu beransur hilang sebelum pun sempat menjadi berat.

Begitu juga seorang pengecut, cubalah lawan perangai itu walaupun hati berdebar-debar. Jalankan akal, apa sebabnya saya takut begini? Mula-mula pastinya jantung berdebar tika cuba memberani-beranikan diri tetapi nanti setelah menjadi kebiasaan debar jantung itu akan hilang sendiri.

Jika hendak melatih diri agar punya keberanian sengajakan diri menempuh bahaya yang ngeri seperti mengukur hebatnya seorang pelayar lihatlah lautan yang dilalui, ditempuhnya lautan ketika ombak dan gelombang besar maka tentu berani itu dalam kalbunya.

Jangan Bermegah, Laksana Amanah

"Amboi dah jadi exco sekarang dah mula berlagak ye. Bangga, sombong, ujub ......" Antara lafaz kata seorang pensyarah kepada diriku dengan niat gurauan.

Namun di sebalik gurauan itu memberi makna tersirat yang menyentak pemikiran lalu menyentuh kalbuku. Itu bukan sekadar gurauan tetapi berupa peringatan. Sifat ujub bangga antara sifat yang merosakkan bukan sahaja hati tapi seluruh kehidupan pengamalnya. Merasa puas diri sendiri.

Disangka diri sudah sangat cukup dan sempurna. Perangai begini membawa lupa akan kekurangan diri dan ingat akan kekurangan orang lain. Janganlah sifat ujub ini menjalar ke dalam diri, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna kalau kita tiada. Sebab kita itu pun tidak akan sempurna kalau tidak dengan orang lain. Keutamaan tidak cukup diberikan Allah kepada satu orang tetapi berbagi-bagi.

Laksana kita ingin memasak makanan yang lazat tidak akan berasa jika cili hanya membanggakan pedasnya, garam membanggakan masinnya, cuka yang membanggakan masamnya, ikan yang membanggakan enaknya sendiri. Jika segala kepedasan, kemasinan, kemasaman, dan keenakan itu dikumpulkan dalam satu belanga, dimasak dengan tangan yang ahli, barulah menjadi makanan yang menjilat jari.

Hamparan Harapan, Emasnya Ikhlas

Bila bercerita mengenai harapan, teringat pula bait-bait lagu yang menjadi halwa telinga sekitar 80-an "Harapan setinggi gunung". Jika diselami maksud bait lirik itu tentunya tinggi harapan orang itu. Masakan tidak tinggi jika telah disamakan harapan dengan gunung. Hendak mendaki gunung perlu keringat yang memecah peluh hingga baju terpaksa kita perah.

Harapan orang tentunya menggunung pada pemegang tangungjawab tetapi lebih berat lagi bahu yang menggalasnya. Memberi harapan pastinya sedikit sebanyak akan terikat dengan janji. Resmi manusia, mengikat janji mudah sekali tetapi memantri kata untuk dikota payah sekali umpamanya bila sebelum kita mendapat duit, janji itu ini, pada kawan dijanji mahu belanja makan, pada emak berkira-kira mahu menghulur beberapa keping not, itu ini mahu dibeli tetapi bila mana duit digenggami disimpan kemas dalam peti. Melupakan semua janji yang kita taburi, sudahnya airmata yang menjadi galang ganti. Itu dikira masih baik lagi, jika dihambur caci maki tentulah lagi menyakitkan hati, alamatnya hingga nafas terakhir perasaan bersalah membaluti diri.

Memikul jawatan ini diri tidak menabur janji apatah lagi menghamparkan harapan. Hanya satu menjadi pegangan, melakukan semua ini dengan ikhlas. Mahu mengikhlaskan hati ini ibarat emas murni, tidak bercampur perak berapa persen pun. Pekerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas.

Misalannya seorang yang berkerja kerana mengharapkan puji majikan, maka ikhlas amalnya kepada majikannya atau dia bekerja pagi sampai ke petang kerana semata-mata memikirkan upah, maka keikhlasannya kepada perutnya. Pekerjaannya itu baik tetapi belum tentu baik jika dasarnya tidak subur.

Dasarnya itu akan baik dari zat sampai ke sifatnya jika didasarkan kepada lillah hi ta'ala iaitu ikhlas kerana Allah. Oleh sebab itu, perkataan ikhlas itu terpakai terhadap Allah semata-mata. Sesuai lidah dan hati, itulah ikhlas! lain di mulut lain di hati, bukanlah ikhlas tetapi culas.


"Jangan terpedaya oleh seorang ahli pidato, lantaran pidatonya
Sebelum kelihatan bukti pada perbuatannya
Kerana perkataan itu sumbernya ialah hati
Lidah hanya dijadikan sebagai tanda dari hati".






Listen again.

Nah. Listen.


Mat Lutfi memang terbaik la bab bagi orang gelak dan sambil gelak banyak 'moral of story' dalam video kurang 5 minit ini. Rugi tak tengok.Silakan nonton ya!. Mahasiswa berintegriti itulah matlutfi (tetibe). btw belajarlah menerima pandangan orang tidak kira orang itu  muda, tua, kacak, huduh, miskin, kaya dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Tak payah la nak sangkut-sangkut dengan binatang. sekor cukupla. sian binatang tu. Kalu dr.haiwan dimaafkan. but we are human. not animal. lalala.

Mat Lutfi : Satira moden. Tidak pasti samada telah melanggar etika moral atau tradisi religi. Mintak dijauhkan rasa lebih mulia daripada subjek yang ditekan. Jangan maki, berdosa.


Layan Mr.Bie. great boy with a great voice. Sabahan. Byk juga parodi yang dah dimuat turun oleh Mr.Bie ni. Dgrlah. banyak manfaatnya. kreatif, inovatif, fantastic. Cute also. Bertuturlah dengan berhikmah. Mendengarlah dengan berhikmah juga.




Buat yang masih kabur dan pelik. apa kehenya dok Listen Listen ni. boleh la tengok video kat bawah ni. FIKIR.




mms : mahasiswa perlu diberi peluang untuk bersuara dan menyatakan pendapat. 
gprs: untuk melahirkan lebih ramai insan prihatin yang berkarisma, institusi pendidikan dan keluarga harus memberi latihan dan persekitaran yang membolehkan mereka berani meluahkan apa yang mereka rasa dengan bertatasusila. bukan hanya mendengar. mematuhi dan mengekor satu persatu yang keluar dari mulut orang dewasa. walaupun diketahui kebenaran yang berselindung di sebalik kefasihan melontar kata.
tweet : belajarlah untuk berhikmah dan bertoleransi dalam mendengar atau berhujah.

Bicara dan diam laksana dua sisi dari sekeping mata wang, yang tidak mungkin dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada umat manusia. Dengan berbicara, manusia boleh berinteraksi sesama mereka dan menjadi makhluk yang termulia di antara makhluk-makhluk Allah yang lainnya.


"Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati" - Surah Isra':28


"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" - Surah Luqman:19




Friday, January 11

Setelah Bergelar Muslimah


"Iblis menjawab: 'Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan men-dapati kebanyakan mereka bersyukur (ta'at).'" (Surah Al A'raf ayat 16-17).

Ayat Al-Quran di atas sungguh nyata dalam kehidupan manusia. Iblis selalu berusaha menggoda dan mempengaruhi manusia agar melanggar perintah Allah SWT. Begitu banyak cara yang dilakukannya untuk membuat manusia terpedaya terhadap godaannya. Iblis sepertinya tidak akan pernah putus asa untuk menggoda manusia agar mengikutinya.

Demikianlah diri ini sendiri hampir terpedaya kala hati dan batin terasa kosong dan lemah. Godaan itu dapat hadir dalam hal apa pun termasuk godaan untuk kufur hijab. Astaghfirullah...


Semuanya bermula ketika tanggal 15 Oktober 2010 yang lalu tepatnya di usia 20 tahun, aku mengukuhkan niat untuk bersyahadat (masuk islam). Pasca berikrar, menjalani keseharian dalam dunia baru yakni dunia islam bukan satu hal yang mudah bagiku. Aku harus berusaha beradaptasi secara total, mulai dari hal yang spesifik sampai kompleks.

Belum sukses dalam beradaptasi, aku masih harus belajar untuk memenuhi kewajibanku sebagai muslimah diantaranya belajar mengaji dan berhijab yang sya'ri menurut Al Quran. Mengenakan jilbab memang bukan satu hal yang baru bagiku, sebab sebelum sah jadi muslimah pun aku telah mengenakan jilbab. Kesan pertama yang kurasakan begitu nyaman rasanya dibaluti oleh jilbab. Hal ini terjadi kerana aku juga berkuliah di salah satu universitas Islam di Pekan baru Riau. Jadi, pengalaman itu menjadi titik tolak agar ke depannya bisa istiqamah.

Sebelum mengambil keputusan untuk masuk islam, sejujurnya telah ada niat dalam diri aku bahwa setelah jadi muslimah nanti akan mengenakan jilbab. Aku ingin berusaha mengaplikasikan firman Allah yang bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semuanya kedalam Islam secara kaffah, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya dia itu musuh yang nyata bagimu."
(Surah al-Baqarah ayat 208))

Ya, aku ingin semuanya kaffah (lengkap/sempurna). Sejujurnya ini bukan hal yang mudah seperti membalikkan telapak tangan bagiku juga bagi saudariku muslimah lainnya. Nuraniku benar, memang tidak mudah. Godaan demi godaan datang menghampiriku. Mengawali niat dengan berhijab namun ternyata belum sempurna. Jilbab yang kukenakan masih transparent. Hingga satu waktu kakak tetanggaku memberi nasihat padaku.

"Dek, kakak ada saran. Adek khan udah mengenakan jilbab ni, tapi masih transparan dek", ujarnya.

"Trus aku harus gimana kak"?. Tanyaku polos. Aku nggak punya jilbab tebal seperti yang kakak punya", tambahku.

"Kakak ada solusi buat adek. Jilbabnya dilapis dua saja (di double), jadi nggak bakal transparan lagi", kakak itu mencuba menghilangkan rasa cemasku.

Singkat cerita aku pun diajarkan tentang bagaimana cara melapis jilbab. Bismillah!!! Aku memulai untuk memperbaiki hijabku. Berusaha memperbaiki bukan bererti masalah berakhir sampai di situ. Godaan lain masih terus muncul. Pemikiran orang yang mengatakan bahwa orang yang berhijab panjang dan lebar itu merupakan orang yang ilmu agamanya sudah tinggi menjadi satu keresahan bagiku.



Pemikiran orang-orang tentang hal itu membuatku was-was. Bagaimana jika orang lain menanyakanku tentang agama terhadapku dan pertanyaan itu tidak bisa kujawab?. Hal tersebut kini bersemayam dalam pikiranku.

Satu waktu seorang temanku menanyakan hal yang berkaitan dengan agama. Aku tidak tahu alasan dia bertanya, apa kerana memang tidak mengerti atau hanya menguji. Tidak kuketahui dengan pasti. Namun jujur, aku tidak berani menjawab pertanyaannya itu, kerana konteksnya agama dan aku belum fasih dalam bidang itu. Masih terlalu minimum ilmuku dalam bidang tersebut. Alasan lain kerana aku juga masih proses belajar dari nol (kosong).

Pada saat tu, acapkali Syaitan mulai menggoda nuraniku.

"Untuk apa kamu memakai jilbab panjang tapi ilmu agamamu rendah".Demikian bisikannya.

"Pakai jilbab yang biasa sajalah. Jadi kamu bebas berekspresi, dan kalau pun ilmu agamamu tidak begitu bagus tidak akan jadi bahan ejekan bagi orang lain." Godaan itu ku rasakan semakin kuat.

Aku benar-benar gusar. Tidak tahu harus bagaimana melawan bisikan itu. Haruskah aku kufur Ya Allah?. Ya Allah, hamba benar-benar bingung. Apakah aku harus kufur dari hijabku??. Pertanyaan itu berulang kali kulontarkan. Untuk mengurangi rasa kegundahan itu, ku cuba bertanya kepada kakak seniorku yang ilmunya mungkin telah jauh lebih tinggi dari ilmuku. Kuraih ponselku (handphone), dan jariku menari di atas keypad.

Namun, persoalanku berkenaan salahkah mengenakan jilbab panjang (labuh) sementara agamanya masih rendah tidak dapat menghapuskan kegelisahanku.

"Kerana jilbab itu adalah harga mati bagi seorang muslimah. Dan setiap muslimah wajib mengenakan jilbab".

Itulah balasan yang kudapat dari seniorku. Mendapat jawaban seperti itu bukannya langsung menghapus kegelisahanku. Nuraniku masih saja tidak tenang. Rasanya berkecamuk dalam batinku. Lama aku merenungi diri tentang apa yang sedang kurasakan.

Ya Rabbi, bagaimana caranya aku harus mengubati kegundahan ini. Selang beberapa minit aku termenung, aku teringat Al Quran.

Nurani ku berbisik "Sampai kapan (bila) kamu dirundung kebingungan seperti ini. Dan sampai kapan kamu gelisah hanya memikirkan hal itu. Apa dengan alasan karena belum bisa mengaji jadi satu alasan bagimu untuk kufur dalam berhijab? Tidakkah kamu pernah membaca dalam Al Quran bahawasanya setiap muslimah itu sesungguhnya diwajibkan mengulurkan (melabuhkan) jilbabnya? Lantas, sekarang apa yang kamu resahkan?



Aku tersedar dari lamunanku. Nurani itu benar. Sejauh ini aku belum pernah lagi membaca bahawasanya orang yang dibolehkan untuk mengulurkan (melabuhkan) jilbabnya hanyalah orang yang telah memiliki ilmu yang tinggi. Tidak! bahkan semua muslimah wajib mengulurkannya (melabuhkannya).

Teringat pada firman Allah SWT yang berbunyi;

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka mengulurkan (melabuhkan) jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."
(Surah al-Ahzab ayat 59)

Al Quran di atas membangkitkanku dari keterpurukan (kemunduran)fikirku. Kini aku memiliki prinsip baru. "Berusaha menyempurnakan hijab sambil belajar agama. Biar sedikit namun langsung teraplikasikan" itu lebih baik. Untuk apa aku memiliki ilmu yang tinggi namun tidak pernah diaplikasikan."

Dari pengalaman ini aku belajar untuk menghargai ilmu yang kudapatkan. Ke depannya aku berharap tetap istiqomah di jalan-Nya. Dan kewajibanku sebagai muslimah bisa segera kutunaikan. Kerana ku yakin jikalau ada kemahuan pastinya ada jalan.

Saudariku, tidak mudah untuk istiqamah, namun dengan berbagai upaya yang kita lakukan InsyaAllah semuanya dapat dijalani. Justeru, sekarang tidak ada alasan lagi untuk tidak menggunakan jilbab?. Yakinlah bahawa setiap kesulitan itu pasti akan diriingi dengan kemudahan. Dengan mengharap ridha-Nya, InsyaAllah semunya pasti bisa dijalani.

Allah berfirman yang bermaksud;

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah ayat 5)


Nurjannah adalah nama pena sekaligus nama Islam dari Juniar Sinaga. Merupakan seorang Mahasiswi semester akhir di salah satu perguruan tinggi swasta di Pekanbaru Riau, Indonesia dalam jurusan Pendidikan Biologi. Beliau berkongsi karya dijuniarsinagaa.blogspot.com



Yakin




Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya lain.
Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar.
Ada juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar biasa
Didikan terus daripada tuhan.

Mutakhir ini, ramai orang yang sudah kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan.
Bukan setakat tiada keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup bermasyarakat.

Semasa Kecil. Didikan keyakinan diri semasa kecil sangat penting. Ibu bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak-anak. Contohnya memberi peluang untuk anak memberi pandangan dan bercakap walaupun suatu perkara itu tidak bernas. Itu hanya pandangan dan idea. Ibu bapa juga jangan terlalu cepat melarang akan sesuatu perkara.

Saya kemukan satu contoh kehidupan di sebuah negara di barat. Mereka melatih anak-anak mereka sentiasa berani mencuba.

Suatu ketika di taman permainan, seorang anak lingkungan tiga tahun sedang cuba memanjat papan gelongsor sambil diperhatikan oleh kedua ibubapanya. Tindakan itu bagi anak yang berumur tiga tahun adalah bahaya. Ibubapa tersebut hanya memberitahu kepada anak tersebut bahawa perkara itu bahaya, tetapi tidak sekali-kali melarang. Budak itu terus mencuba memanjat sehingga berjaya ke atas.

Sikap melatih anak berani mencuba sangat digalakkan. Ini satu sifat positif yang boleh kita ambil dari barat walaupun mereka banyak juga yang negatifnya.

Malu atau Takut? Kedua-duanya berkaitan keyakinan diri.

Lihat sahaja di IPT mana-mana pun, pelajar-pelajar takut sahaja untuk berjumpa atau menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah dalam kuliah, semua nya kerana takut salah! punca takut salah adalah kerana tiada keyakinan diri. Ia berlaku dimana-mana sahaja, bukan sahaja di IPT-IPT malah semua tempat. Puncanya semua sama. Tiada keyakinan diri.

Terlalu merisaukan kata orang juga adalah faktor kehilangan keyakinan diri. Contohnya anda terlalu risaukan kata kawan anda jika anda berpendapat seperti itu dan ini, maka akhirnya anda terus senyap, akhirnya kaku dan beku...

Kelebihan Manusia
Minda manusia boleh menentukan perilaku manusia melalui imaginasi sebelum berlaku perbuatan.
Contohnya seorang pengerusi sebuah majlis yang di arahkan untuk menceriakan dewan, tentu sahaja dia berimaginasi terlebih dahulu keadaan-keadaan yang bakal berlaku dan bagaimana dia bakal menangkap suasana di dewan itu nanti.

Perkara ini semua berkaitan dengan minda dan keyakinan diri, jika setiap hari minda dilatih dan dibasuh dengan perkataan 'TIDAK BOLEH' maka hasilnya tidak boleh juga.

Demikian juga sebaliknya.
Lihat sahaja sejarah tentera islam yang diketuai oleh sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Constantinople (Istanbul). Beliau sudah pun terlalu lama berimaginasi untuk menawan kota tersebut, setiap hari dengan diiringi solat dan doa beliau menyusun strategi dan sentiasa berimaginasi tentang semua keadaaan yang bakal berlaku. Ini yang menjadikan beliau hebat. Begitu juga beberapa pemimpin yang lain.

Cuba Latih Minda Setiap Hari
Oleh itu, apa yang anda imaginasikan pastikan ia positif dan seterusnya anda melakukannya di alam nyata.
Minda manusia sangat hebat. Ibarat seluruh cakerawala yang ada di dalam otak.
Kepantasannya juga mengalahkan komputer yang canggih. Cuma untuk mencapai semua itu, ia memerlukan tuan minda yang sentiasa melatih minda supaya sentiasa positif.
Kepada anda juga, jangan terus suka menghukum dan menyalahi orang yang sedang cuba membina keyakinan diri.

Ia tidaklah dibina dalam tempoh yang singkat, malah ia panjang. Jadi dalam tempoh yang panjang itu mungkin sahaja berlaku pelbagai kesilapan. Biasalah, ia adalah proses! kalau terus berjaya bukan manusia namanya itu. Sentiasalah berlapang dada!

Terus menerus melatih, cuba mencari peluang dimana-mana supaya keyakinan diri itu datang secara lansung semasa mencuba. Jangan takut salah! Orang yang takut salah adalah orang yang susah untuk berjaya.
Maka berhati-hatilah kerana itu lebih baik.




Tadah tangan.


Ya Allah, 
pinjamkanlah kami, 
keberanian Umar Al-Khatab, 
ketangkasan Khalid Al-Walid, 
kecekalan Thariq Bin Ziad, 
kekentalan Salahudin Al-Ayubi dan 
ketajaman Sultan Muhammad Al Fatih 

Jadikanlah kami orang yang 
selembut Abu Bakar As-Siddiq, 
sebijaksana Umar bin Khattab, 
sedermawan Uthman bin Affan, 
sepintar Ali bin Abi Thalib, 
sesederhana Bilal & 
setegar Khalid bin Walid 

"Ya Allah, berikanlah kami kemudahan dibalik kesulitan. 
Siramilah hati kami dengan kecintaan ilmu 
menghapus kegersangan hikmah. 
Anugerahilah kami jiwa yang berkasih sayang 
jauh daripada kebencian. 

Hembuskanlah kekuatan saat ranting hati kami makin rapuh. 
Sinarilah hati kami dengan cahaya keimanan membuah amalan.
 Gagahkanlah hati kami tika berada dalam ketidakyakinan. 
Ikhlaskanlah hati kami dalam setiap ketaatan dan kepatuhan. 
Bahagiakanlah hati kami walau terselit ujian kedukaan. 

Lindungilah kami dari segala hasutan dan bisikan kemaksiatan. 
Kurniakanlah kami kejayaan fiddarain, fiddunya wal akhirah. 

Ameen Ya Rabbal 'Alameen"




Saturday, January 5

Rukun Iman




Percaya kepada Allah
Percaya kepada Malaikat-Malaikat
Percaya kepada Kitab-Kitab
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qada' dan Qadar


Raihan

Rukun Kita 

Rukun islam lima perkara
Rukun iman enam perkara
Mari bersama menghayatinya
Marilah kita beramal bersama

Rukun islam lima perkara
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
Kedua sembahyang ketiga berpuasa
Keempat zakat kelima naik haji

Rukun islam wajib diamalkan
Agar menjadi muslim sejati
Patuh dan taat pada Yang Esa
Barulah hidup diberkatinya

Rukun iman enam perkara
Percaya Allah percaya Malaikat
Percaya Rasul percayalah Kitab
Percaya Kiamat, Qad’ha dan Qadar

Rukun iman wajib diyakini
Baru sempurna iman di hati
Agar menjadi mukmin sejati
Selamat sejahtera dunia akhirat











Rasa Sayang

Rasa sayang, hey!,
Rasa sayang sayang hey,
Hey lihat nona jauh,
Rasa sayang sayang hey!

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga,

Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana sama abang seorang,

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,








Berbakti kepada ibu bapa




Seorang anak kebiasaan akan lebih menghargai ibu bapanya setelah dia memiliki cahaya mata yang pertama. Betapa rumitnya membesarkan bayi yang baru dilahirkan hinggalah usia meningkat dari tahun ke tahun dipenuhi dengan pelbagai cabaran.

Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan.

Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."(Surah Luqman ayat: 14)

Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.

Tahap sensitifnya akan cepat terasa sekiranya anak yang dijaga bersikap kurang menyenangkan, atau melakukan perbuatan yang mengguriskan hati. Kita sebagai anak harus sedar akan kewajipan mentaati dan membahagiakan hati kedua ibu bapa. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." 
(Surah al-Isra' ayat: 23)

Maksud "berbuat baik kepada kedua ibu bapa" sebagai mana yang disebutkan dalam ayat suci al-Quran selain dari menjaga tingkah laku, perkataan dan perbuatan dari sebarang kekasaran yang boleh melukai hati keduanya, kita dituntut untuk menjaga ibu bapa setelah mereka berada di usia yang tua.

Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam,anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.

Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)."
(Riawayat Muslim)

Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.

Ada sedikit perbezaan berbanding para ibu hari ini yang banyak bergantung kepada pembantu rumah serta penggunaan alat teknologi yang membantu meringankan beban atau tugas seorang ibu.

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.

Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya kedua telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil."
 (Surah al-Isra' ayat : 24)

Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti.

Para isteri perlu menyedari hakikat kewajipan suami terhadap orang tuanya dengan merelakan suami menunaikan tugasnya terhadap kedua ibu bapanya dengan sempurna sekalipun memerlukan masa, wang dan pengorbanan lain. Menghalang suami dari berbakti kepada kedua ibu bapanya di hari tua adalah satu pilihan yang kejam.

Mengambil hak seorang ibunya yang benar-benar mengharapkan adanya anak yang akan mengingati jasa dan pengorbanan silam dengan menjaganya saat-saat tidak berkeupayaan adalah satu sifat yang tidak berperikemanusiaan. Alangkah baiknya sekiranya masih ada isteri akan mengingatkan suami akan kewajipan menjaga orang tuanya.
Kita perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, seorang pemuda yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Dia tidak dapat mengucap kalimah syahadah lantaran sikapnya yang mengutamakan isteri daripada ibunya. Sedangkan Alqamah merupakan seorang yang taat kepada perintah Allah, rajin menunaikan solat, suka bersedekah dan sering berpuasa.

Lantas, Rasululllah SAW memanggil ibunya bagi mendapatkan keampunan, sebaliknya ibunya menolak kerana masih berkecil hati dengan sikap Alqamah yang mengutamakan isterinya. Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya.

Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan seterusnya Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Sebaik sahaja Alqamah dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."(Hadis riwayat Abu al-Laith)

Para isteri perlu lebih memahami hak-hak ibu ke atas anaknya yang diberi keutamaan dalam Islam. Lantaran, anak-anak kita juga akan bertindak dengan apa yang pernah kita perlakukan terhadap ibu bapa kerana kesaksamaan Allah yang maha adil. Justeru, isteri harus bersikap reda dengan ruang-ruang yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap ibu bapanya.

Kehadiran anak adalah sesuatu yang berharga di hari tua. Nabi Ibrahim meluahkan kesyukuran kepada Allah kerana diberi anak yang bakal menemani di hari tua sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. (Surah Ibrahim, ayat 39)

-Artikel iluvislam.com



Adab Belajar Menurut Imam Al Ghazali


  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.                                                                                    Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.