Friday, November 11

Pilih Pilihan



Pilih Pilihan


Pasti setiap orang pernah berada dalam dilema dimana mereka terpaksa untuk membuat pilihan. Ia adalah amat penting kerana mungkin pilihan yang dilakukan akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Tetapi bagaimanakah cara untuk membuat pilihan? Mungkin tips yang akan diberikan dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang lebih bijak.



·         Mengikut naluri-
·         Sekiranya anda telah menimbangkan baik dan buruk sesuatu pilihan itu tetapi anda masih lagi keliru untuk memilih yang mana satu, cara membuat pilihan yang terbaik adalah dengan mengikut naluri anda dan yakin terhadap pilihan yang dilakukan.

·         Cuba menenangkan diri-
·         Untuk mendapat pilihan yang terbaik, anda perlu terlebih dahulu berusaha untuk cuba menenangkan diri. Cara ini adalah untuk mengelakkan anda daripada membuat pilihan dibawah tekanan yang pasti hasilnya akan lebih teruk.

·         Tidur sebentar-
·         Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, minda separa sedar manusia dapat membantu untuk menganalisis pilihan yang ada dan membantu untuk membuat kesimpulan. Pasti anda juga pernah melalui dimana sebaik sehaja anda terbangun dari tidur terus memikirkan mengenai sesuatu perkara. Mungkin cara ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan.

·         Luahkan terhadap orang yang anda selesa
·         Meluahkan sesuatu kekeliruan yang anda hadapi adalah cara untuk membuat pilihan yang baik. Berkemungkinan pendapat mereka boleh digunapakai untuk membantu anda membuat kesimpulan.

·          Tetapi jangan luahkan terhadap semua orang-
·         Ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan dimana cuba bertanyakan pendapat terhadap semua orang. Ia sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak percanggahan yang akan lebih mengelirukan anda untuk membuat pilihan. Cara terbaik untuk bertanyakan pendapat adalah bertanya kepada orang yang anda rasakaan sealiran dengan anda.

·         Mempertimbangkan kesan jangka masa panjang-
·         Berkemungkinan satu-satu keputusan itu memberi kepuasan untuk jangka masa pendek, tetapi ia akan memberi bencana kepada anda untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh seperti membeli rumah dan kereta, tetapi ramai yang memilih untuk membeli kereta idaman terlebih dahulu. Cara mereka membuat keputusan sebenarnya adalah kurang bijak kerana tidak mempertimbangkan kesan jangka masa panjang.

·         Jangan membiarkan faktor lain mempengaruhi anda-
·         Anda perlu membuat pilihan hidup anda sendiri. Jangan sesekali membiarkan faktor luar untuk mempengaruhi anda. Ia kerana pilihan yang terbaik untuk anda hanya mampu dilakukan oleh diri anda sendiri.

·          Sejarah serba sedikit dapat membant
·         Anda seharusnya tidak sesekali melupakan sejarah, ini kerana ia sebenarnya dapat membantu sebagai panduan anda untuk membuat pilihan pada masa akan datang. Cara ini terbukti berkesan kerana adakah anda tahu bahawa syarikat besar  sebenarnya telah ada perancangan untuk jangka masa 5 tahun dari sekarang sedangkan ianya masih tidak dilalui? Pasti rujukan mereka hanyalah berdasarkan sejarah.



             
                                                        

No comments:

Post a Comment

=)SENYUM =) SMILE =)
=) senyum itu sedekah yang paling mudah =)