“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.
CINTA, Fitrah Setiap Manusia
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;
" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembaliyang baik(Syurga)".
(Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi:
ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
"Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita".
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda;
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."
(Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaq
ALLAH berfirman;
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
(ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika yang sesuai dengan syariat.
*****************************************
Syafiq, Safura dan Muhammad merupakan kawan baik sejak di bangku persekolahan. Namun begitu, Muhammad terpaksa berpindah ke sekolah lain dek kerana mengikut bapanya yang telah ditugaskan bekerja di tempat lain.
Syafiq dan Safura sama-sama meneruskan pembelajaran di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, bahkan Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai pakaian Islamik. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi, suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Lalu Muhammad pun duduk bersama-sama mereka.
"Have you married?" tanya Muhammad yang kehairanan.
"No," jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here," tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way," jawab Syafiq dengan perasaan bahagia.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya.”
“Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada.”
Dia menyambung lagi,
“Jadi, time kat hospital tu aku berfikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus.”
“Camnilah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni tak dak leher. Tapi, lantaklah. Aku hentam je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.”
“Ustaz!!! jom makan.. Babi Islam nih!” (-.-"
Selepas mendengar cerita tersebut. Safura dan syafiq tersedar bahawa mereka telah menghalalkan yang haram.
Yang haram itu jelas
Yang halal pun jelas
Muhammad berlalu dengan harapan mereka tidak akan mengulangi kisah itu lagi.
*****************************************
Pengajaran: MATLAMAT yang BAIK/HALAL di sisi ISLAM tidak pernah mengHALALkan CARA yang SALAH!!!
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui”
(al-Baqarah: 42)
Imam Ahmad bin Hanbal:
“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya !
Kata Dr.Ali Akbar:
“apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..lidah..telinga..dan paling sukar di lihat zina hati anda..
Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???, Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bezanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan. Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati saat-saat indah dalam hubungan dua insan.Benar-benar pengecut!
Kata Ust Anis Matta:
“ selama berhubungan, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyembunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan...
”Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi‘proses penopengan’ diri.
Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda bergantung padanya. Ketergantungan itu merbahaya!
“terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berhubungan dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya? Bukankah Allah itu wujud!!!
Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.
Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?
Jika kita telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Jika kita telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu, jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Jika kita telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang kita mahu sampaikan pada teman hidup kita itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah kita habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa?
Renung-renungkan :)
| Sama-samalah kita renungkan seketika perjalanan hidup kita saat ini adakah pernah terjebak atau pun sedang terjebak! moga-moga pengisian saya dapat memberi ikhtibar dalam hati antum semua... sama-sama kita muhasabah diri. Tinggalkan cinta manusia tetapi berusaha mengejar cinta ALLAH Yang Maha Esa... Destinasi yang kekal abadi.InsyAllah |
No comments:
Post a Comment
=)SENYUM =) SMILE =)
=) senyum itu sedekah yang paling mudah =)