Wednesday, July 27

MARHABAN YAA MARHABAN









Mata kekadang salah melihat…
Mulut kekadang salah berucap…
Hati kekadang salah menduga…
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada…

MARHABAN YAA RAMADHAN 
Marhaban ya Ramadhan,

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
Tidur kita menjadi ibadah,
Amal kita diterima dan do’a kita di ijabah.

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan,
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan.

Sebelum cahaya mentari padam, sebelum ajal mendatang,
Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan menjelang,

Saya mohon maaf zahir dan batin… tersembunyi atau yang terang.

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”
Amin ya rabb

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Semoga Kita Dapat Menjalankannya Dengan Cemerlang...

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka














Wednesday, July 13

ukhuwahfillah abdan abda


Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
 
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
 
Kita mungkin akan menjauhinya....
 
Andai kita ingin berteman,
 
Janganlah kerana kebaikannya,
 
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
 
Kita akan membencinya....
 
Andai kita inginkan teman yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
 
Kerana apabila dia buntu,
 
Kita mungkin akan memfitnahnya....
 
Andai kita inginkan seorang teman,
 
Janganlah kerana sifat cerianya,
 
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
 
Kita mungkin akan menyalahkannya....
 
Andai kita ingin berteman,
 
Terimalah dia seadanya,
 
Kerana dia seorang teman,
 
Yang hanya manusia biasa....
 
Jangan diharapkan sempurna,
 
Kerana kita juga tidak sempurna.....



nota : sayang dodoi //////////
heheh!
moga jadik seorang GURU yang memanusiakan seorang yang bernama manusia..
moga cepat tawen..nananana //bear munyi2..hehe

itu aja..jum teater! UINAA~













Monday, July 11

mimpi RASULULLAH sebelum Israk Mikraj




Nabi Muhammad saw bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"





1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA 
YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.



4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
 telah melepaskannya dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku
seraya duduk disebelahku.




7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT
 lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT 
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala sedekahnya YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW,


     "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

p/s : nanti kita citer2 lagi mengenai israk dan mikraj yea..=)
apa tu israk ? mikraj?..ok assalamualaikum..



\

Sunday, July 10

AHLAN WASAHLAN








Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah
bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
02. Keperkasaan dan ketinggian.
03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
04. Kasih-sayang dan kemesraan.
05.. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.
Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.(Riwayat at-Tarmizi).
Saidatina Aisyah berkata:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masA
(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(Surah an-Nur: ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).



AHLAN WASAHLAN YA SYA’BAN

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi). Berkata Imam Shafie: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.Berkata Imam Ghazali: Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara: Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik. Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian. Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini. Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama. PENUTUP Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala.











khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW





Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.






Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.


Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.


Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.


Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan 
betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.




Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.




Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.



* ya, ALLAH..aku cinta padaMu../

















Saturday, July 2

Syair qasidah burdah imam al-busairi Puji-pujian untuk rasulullah




Syair qasidah burdah imam al-busairi


Puji-pujian untuk rasulullah


kutinggalkan sunnah nabi yang sepanjang malam.
beribadah hingga kedua kakinya bengkak dan keram.

nabi yang kerana lapar mengikat pusarnya dengan batu.
dan dengan batu mengganjal perutnya yang halus itu.

kendati gunung emas menjulang menawarkan dirinya.
la tolak permintaan itu dengan perasaan bangga.

butuh harta namun menolak, maka tambah kezuhudannya.
kendati butuh pada harta tidaklah merusak kesuciannya.

bagaimana mungkin nabi butuh pada dunia.
padahal tanpa dirinya dunia takkan pernah ada.

muhammadlah pemimpin dunia akhirat.
pemimpin jin dan manusia, bangsa arab dan bukan arab.

nabilah pengatur kebaikan pencegah mungkar.
tak satu pun setegas ia dalam berkata ya atau tidak.

dialah kekasih allah yang syafaatnya diharap.
dari tiap ketakutan dan bahaya yang datang menyergap.

dia mengajak kepada agama allah yang lurus.
mengikutinya berarti berpegang pada tali yang tak terputus.

dia mengungguli para nabi dalam budi dan rupa.
tak sanggup mereka menyamai ilmu dan kemuliaannya.

para nabi semua meminta dari dirinya.
seciduk lautan kemuliaannya dan setitik hujan ilmunya.





para rasul sama berdiri di puncak mereka.
mengharap setitik ilmu atau seonggok hikmahnya.

dialah rasul yang sempurna batin dan lahirnya.
terpilih sebagai kekasih allah pencipta manusia.

dalam kebaikanya, tak seorang pun menyaingi.
inti keindahannya takkan bisa terbagi-bagi.

jauhkan baginya yang dikatakan nasrani pada nabinya.
tetapkan bagi muhammad pujian apapun kau suka.

nisbatkan kepadanya segala kemuliaan sekehendakmu.
dan pada martabatnya segala keagungan yang kau mahu.

kerana keutamaannya sungguh tak terbatas.
hingga tak satupun mampu mengungkapkan dengan kata.

jika mukjizatnya menyamai keagungan dirinya.
nescaya hiduplah tulang belulang dengan disebut namanya.

tak pernah ia uji kita dengan yang tak diterima akal.
dari sangat cintanya, hingga tiada kita ragu dan bimbang.

seluruh makhluk sulit memahami hakikat nabi.
dari dekat atau jauh, tak satu pun yang mengerti.

bagaikan matahari yang tampak kecil dari kejauhan.
padahal mata tak mampu melihatnya bila berdekatan.

bagaimana seseorang dapat ketahui hakikat sang nabi.
padahal ia sudah puas bertemu dengannya dalam mimpi.

puncak pengetahuan tentangnya ialah bahawa ia manusia.
dan ia adalah sebaik baik seluruh ciptaan allah.

segala mukjizat para rasul mulia sebelumnya.
hanyalah pancaran dari cahayanya kepada mereka.





dia matahari keutamaan dan para nabi bintangnya.
bintang hanya pantulkan sinar mentari menerangi gulita.

alangkah mulia paras nabi yang dihiasi pekerti.
yang memiliki keindahan dan bercirikan wajah berseri.

kemegahannya bak bunga, kemuliaannya bak purnama.
kedermawanannya bak lautan, keghairahannya bak sang waktu.

la bagaikan dan memang tiada taranya dalam keagungan.
ketika berada di sekitar pembantunya dan di tengah pasukan.

bagai mutiara yang tersimpan dalam kerangnya.
dari kedua sumber, iaitu ucapan dan senyumannya.

tiada keharuman melebihi tanah yang mengubur jasadnya.
beruntung orang yang menghirup dan mencium tanahnya.




































Friday, July 1

COUPLE ISLAMIC?








akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya , ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana , ana uhibbuka fillah , ana uhibbuki fillah , salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih? , mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah bla..bla..Biasa dengar tak ayat-ayat Islamic diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.

CINTA, Fitrah Setiap Manusia

MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;
" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembaliyang baik(Syurga)".
(Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi:
ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki,

sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
"Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita".
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda;
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."
(Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaq

ALLAH berfirman;
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
(ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika yang sesuai dengan syariat.


*****************************************


Syafiq, Safura dan Muhammad merupakan kawan baik sejak di bangku persekolahan. Namun begitu, Muhammad terpaksa berpindah ke sekolah lain dek kerana mengikut bapanya yang telah ditugaskan bekerja di tempat lain.

Syafiq dan Safura sama-sama meneruskan pembelajaran di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya bercouple. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.


Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, bahkan Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai pakaian Islamik. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi, suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Lalu Muhammad pun duduk bersama-sama mereka.

"Have you married?"  tanya Muhammad yang kehairanan.

"No,"  jawab Safura.

"So, why you sit together with this ajnabi alone here,"  tanya Muhammad.

"Kami couple, tapi Islamic way,"  jawab Syafiq dengan perasaan bahagia.

Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya.

Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi akumana ada.

Dia menyambung lagi,

Jadi, time kat hospital tu aku berfikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus.

Camnilah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni tak dak leher. Tapi, lantaklah. Aku hentam je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.

Ustaz!!!  jom makan.. Babi Islam nih!      (-.-"

Selepas mendengar cerita tersebut. Safura dan syafiq tersedar bahawa mereka telah menghalalkan yang haram.
Yang haram itu jelas
Yang halal pun jelas
Muhammad berlalu dengan harapan mereka tidak akan mengulangi kisah itu lagi.


*****************************************

Pengajaran: MATLAMAT yang BAIK/HALAL di sisi ISLAM tidak pernah mengHALALkan CARA yang SALAH!!!

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui
(al-Baqarah: 42)


Imam Ahmad bin Hanbal:
Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya !

Kata Dr.Ali Akbar:
apabila seorang pemuda mengucapkan aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..lidah..telinga..dan paling sukar di lihat zina hati anda..

Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???, Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bezanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan. Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati saat-saat indah dalam hubungan dua insan.Benar-benar pengecut!

Kata Ust Anis Matta:

selama berhubungan, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadikenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyembunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan...
Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapiproses penopengan’ diri.

Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda bergantung padanya. Ketergantungan itu merbahaya!

terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berhubungan dengan saling memahami. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya? Bukankah Allah itu wujud!!!

Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.


Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?

Jika kita telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Jika kita telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu, jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Jika kita telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang kita mahu sampaikan pada teman hidup kita itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah kita habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa?

Renung-renungkan :)

| Sama-samalah kita renungkan seketika perjalanan hidup kita saat ini adakah pernah terjebak atau pun sedang terjebak! moga-moga pengisian saya dapat memberi ikhtibar dalam hati antum semua... sama-sama kita muhasabah diri. Tinggalkan cinta manusia tetapi berusaha mengejar cinta ALLAH Yang Maha Esa... Destinasi yang kekal abadi.InsyAllah |