Saturday, November 26

Santau


Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Moga semua dalam keaadaan sihat hendaknya..
kalendar Hijrah telah memasuki tanggal I MUHARAM pada maghrib yang lepas..
seharusnya awal tahun ISLAM ini dimulakan dengan azam dan semangat baru~!
namun hati kecil ini masih basah dengan air mata..

banyak berita pemergiaan insan terdekat yang meninggalkan kesan di hati..
yang mengingatkan hati tentang MATI..
air mata yang hadir..tangis yang sedu mengingat insan yang telah pergi..
sebelum Muharam datang membawa sinar baru..
ramai yang telah pergi..
menandakan dunia ini..bumi ini..telah lama..
yang semakin dimakan usia pergi seorang demi seorang..
di kampung halaman..banyak rumah kosong tidak berpenghuni..
tidak kurang yang masih kuat..pergi selama-lamanya..

ALLAH lebih menyanyangimu..bersyukurlah~!

dalam tidak sedar sudah beberapa sahabat pergi meghdap Illahi..
Seolah bermimpi, angan2, atau ceritera dongeng..
namun siapa tahu..hanya DIA tahu kisah benar tersurat dan tersirat hidup ini..

di daerah Kedah, sekolah tempatku melengkapkan pelajaran menengah..
rakan-rakan yang pergi akibat SANTAU pergi selama-lamanya..
seumur, sekelas belajar, sebilik, satu sekolah, junior..
ALLAHUAKBAR..anda semua telah pergi dalam usia yang muda..
siapa tahu..anda pergi sebelum mengecap kejayaan..
sebelum kita berjumpa semula..
YA ALLAH..
sebak..

megapa masih ada insan yang sanggup menganiayai insan lain..?
mengapa?
tidak kasihankah mereka melihat si Ibu menangisi pemergian anak yang dia kasihi..
si ayah tertanya-tanya apakah salah anaknya terhadap mereka..
saudara yang merindu kaletah mereka...
sahabat yang masih ingin bertemu dan bertukar cerita..

YA ALLAH..
sedarkanlah hambamu yang masih bergelumang hasad dengki ini..
jagalah hatiku dan mereka YA ALLAH..
tempatkatkanlah mereka  dalam kalangan hamba-Mu yang beriman
YA ALLAH...

moga amanlah dan bahagia 

al fatihah









Menanti Di Barzakh



Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

p/s : Ya Allah, semoga roh sahabat-sahabatku dan kaum keluarga yang telah kembali
menghadap-Mu ditempatkan dalam kalangan orang yang Kau sayangi.
Amen ya Rabbal a’lamin.
Doakan hamba ini reda dengan ketentuan-Nya.

air mata membasahi pipi, tiada siapa yang terkecuali, termasuk hamba ini,



Friday, November 25

Salam Maal Hijrah







Albi Nadak - Fares


Albi Nadak by Fares

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak


Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu




Wednesday, November 23

Apa erti rasa ini?


Apa erti rasa ini?


Salam pengikat janji,
Madah pengatur seri,
Kata penyejuk hati,
Wajah setenang budi,
Benarkah yang ku impi,
Benarkah telah ku temui,
Pemilik hati ini,
Empunya jiwa ini,
Antara dia, aku, dan Illahi,
Seyojana mata memandang,
Setenang diri melangkah,
Tatkala fikiran berterbangan,
 Mimpi indah,senyum manis,
Bila bibir bermadah,
Warkah bertulis wangi,
Hati sebak jiwa meruntun,
Bibir senyum, hati riang bahagia,
Apa erti rasa ini?

mynanur



GARUDA DI BAHAM DI UDARA

GARUDA DI BAHAM DI UDARA


Khas buat mereka yang berjaya atau
merasakan diri mereka berjaya
ataupun merasakan diri mereka akan berjaya:
Bersemangat! Berjuang!
Hatimu kental,
Jiwamu luhur,
Akalmu tekad,
Tenagamu mengaum,
Kau menggadai nyawa tanpa kau sedari,
Di hadapan manusia berhati busuk,
Dicaci cerca mereka yang cemburu,
Dicemuh mereka yang egois,
Diludah mereka yang tiada adab,
Mana? Mana? Dan mana?
Mana mereka yang beradab,
Menerima dan diterima,
Mungkin sedikit bilangannya,
Harimau ini sudah panas,
Sudah lama bersabar,
Sang Belang ini mengaum di udara,
Membingitkan Sang Garuda,
Harimau ini membaham,
Demi sebuah maruah dan kemenangan,
Membuktikan Sang Belang lebih berkuasa,
Meminta dengan hati,
Agar Sang Garuda membuka jiwa,
Meyemai adab dan budi.
Sang Belang akan meluaskan taklukannya!

mynanur








Sunday, November 13

Istikharah


DOA ISTIKHARAH



Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini  mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”




Friday, November 11

Pilih Pilihan



Pilih Pilihan


Pasti setiap orang pernah berada dalam dilema dimana mereka terpaksa untuk membuat pilihan. Ia adalah amat penting kerana mungkin pilihan yang dilakukan akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Tetapi bagaimanakah cara untuk membuat pilihan? Mungkin tips yang akan diberikan dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang lebih bijak.



·         Mengikut naluri-
·         Sekiranya anda telah menimbangkan baik dan buruk sesuatu pilihan itu tetapi anda masih lagi keliru untuk memilih yang mana satu, cara membuat pilihan yang terbaik adalah dengan mengikut naluri anda dan yakin terhadap pilihan yang dilakukan.

·         Cuba menenangkan diri-
·         Untuk mendapat pilihan yang terbaik, anda perlu terlebih dahulu berusaha untuk cuba menenangkan diri. Cara ini adalah untuk mengelakkan anda daripada membuat pilihan dibawah tekanan yang pasti hasilnya akan lebih teruk.

·         Tidur sebentar-
·         Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, minda separa sedar manusia dapat membantu untuk menganalisis pilihan yang ada dan membantu untuk membuat kesimpulan. Pasti anda juga pernah melalui dimana sebaik sehaja anda terbangun dari tidur terus memikirkan mengenai sesuatu perkara. Mungkin cara ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan.

·         Luahkan terhadap orang yang anda selesa
·         Meluahkan sesuatu kekeliruan yang anda hadapi adalah cara untuk membuat pilihan yang baik. Berkemungkinan pendapat mereka boleh digunapakai untuk membantu anda membuat kesimpulan.

·          Tetapi jangan luahkan terhadap semua orang-
·         Ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan dimana cuba bertanyakan pendapat terhadap semua orang. Ia sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak percanggahan yang akan lebih mengelirukan anda untuk membuat pilihan. Cara terbaik untuk bertanyakan pendapat adalah bertanya kepada orang yang anda rasakaan sealiran dengan anda.

·         Mempertimbangkan kesan jangka masa panjang-
·         Berkemungkinan satu-satu keputusan itu memberi kepuasan untuk jangka masa pendek, tetapi ia akan memberi bencana kepada anda untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh seperti membeli rumah dan kereta, tetapi ramai yang memilih untuk membeli kereta idaman terlebih dahulu. Cara mereka membuat keputusan sebenarnya adalah kurang bijak kerana tidak mempertimbangkan kesan jangka masa panjang.

·         Jangan membiarkan faktor lain mempengaruhi anda-
·         Anda perlu membuat pilihan hidup anda sendiri. Jangan sesekali membiarkan faktor luar untuk mempengaruhi anda. Ia kerana pilihan yang terbaik untuk anda hanya mampu dilakukan oleh diri anda sendiri.

·          Sejarah serba sedikit dapat membant
·         Anda seharusnya tidak sesekali melupakan sejarah, ini kerana ia sebenarnya dapat membantu sebagai panduan anda untuk membuat pilihan pada masa akan datang. Cara ini terbukti berkesan kerana adakah anda tahu bahawa syarikat besar  sebenarnya telah ada perancangan untuk jangka masa 5 tahun dari sekarang sedangkan ianya masih tidak dilalui? Pasti rujukan mereka hanyalah berdasarkan sejarah.



             
                                                        

EXAM Mood























Sunday, October 16

WAKTU DHUHA-MU


WAKTU DHUHA-MU

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu,
kecantikannya adalah kecantikan-Mu,
keindahan itu keindahan-Mu,
kekuatan itu kekuatan-Mu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Amalan Solat Sunat Dhuha Dan Hadis Yg Berkaitan 

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya yang bermaksud:- 

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : 

"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." 
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya : 
"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan." 

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : 

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata : 

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. 

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :

"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya." 
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) 

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud : 
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," 
(Hadis Riwayat At-Thabarani ) 

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha. 







as syifa'