Wednesday, December 29

*gadis itu HAWA





















HAWA,

Keindahanmu itu bukanlah bahan jualan untuk diperdagangkan, bukan juga bahan pemeran untuk ditayangkan, tapi adalah anugerah untuk kau pelihara dan syukuri. Kecantikan merupakan satu rahsia, bilamana rahsia terbuka ianya menjadi soal biasa yang tidak menimbulkan rasa, daya dan gaya . Setelah itu , dimana lagi keistimewaan golongan yang bernama wanita…

ADUHAI HAWA,

Usahlah lupa, Wanita pernah diperhamba dan maruahmu pernah diperjaja. Ketika itu, dimana martabatmu dan dimana harga keindahan tubuhmu dicelah kegelapan itu. Islam hadir menyinari kejahilan, membawa hijab menutupi keayuanmu, dan membawa keimanan memartabatkan maruahmu…

MENGAPA HAWA??

Tika dalam zaman gelita kau diperkosa namun setelah hadirnya cahaya kau menjadi lupa. Mengapa kini kau meninggalkan pakaian Islam yang telah memartabatkanmu, dan mengapa kini kau tinggalkan keimanan yang telah memuliakanmu, apakah kau inginkan kehinaan terus menghiasi insan yang bergelar hawa…

RENUNGKANLAH HAWA,

Cukuplahlah fitnahmu menggegarkan dunia, cukuplah kecantikanmu menggelorakan jiwa, dan cukuplah lenggokmu mencairkan taqwa. Usahlah kau memperagakan lagi kejelitaanmu sekadar mencari kasih yang fana. Selubungilah jiwamu dengan taqwa agar keabadian cinta-Nya hadir membahagiakanmu. Tiada erti kasih manusia tanpa rahmat dan redha-Nya.

SEDARLAH HAWA,

Harga dirimu terlalu tinggi. Namun mengapa dikau sanggup menjajanya. Dikaulah perhiasan dunia yang berharga. Tanpamu tiadalah yang menghiasi darul fana ini. Kembalikanlah sinar keimanan Maryam dalam dirimu. Semailah ketabahan Hajar di sanubarimu. Tanamlah ketaqwaan Rabiatul Adawiyah di dalam jiwamu agar kesuraman dunia akan bersinar. Sesungguhnya Adam tidak mampu berdiri tanpa insan yang bergelar hawa…


sekadar perkongsian dari sahabat blogger dan I LUV ISLAM,
hamba hina,













*pelajar cemeralang..




                 Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang?

Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran al-Quran:
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati


"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.


"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita


"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan


"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah


" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu


"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]








*warkah buat ADAM






Adam.....



Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... 

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....


~ikhlas dari Hawa~















Tuesday, December 28

saya blogger PULAU MUTIARA..:)




Assalamualaikum pembuka madah,
Pulau Mutiara pulau nan indah,
Penuh dengan harta khazanah,
Hidup sentosa Alhamdulillah.

Warisan budaya turun temurun,
Harmonikan warisan jasanya ulung,
Lokasi mami mamu berhimpun,
Itulah Penang namanya agung.

Perak dan Kedah pengapit setia,
warga utara ceria belaka,
menjejak kaki ke bumi utara,
nescaya senyum saja.

ahaks..terPANTUN la plak..hee...:)
tu belum puisi , sajak ,cerpen lagik tu..silap-silap boley bt novel..:P
berbalik kopado tajuk di atas...
saia selaku warga MALAYSIA yang menotap di bumi 

PULAU PINANG
atau
PULAU MUTIARA
atau
PENANG
atau
DLL

saia akan menceritakan sorba sedikit mengenai
negeri ini..okies..!
really saia bukan anak jati penang..but berdasarkan link ini

yang ado menulis bahawa:

Kategori ini akan senaraikan blogger-blogger mengikut negeri blogger itu tinggal sekarang ini. kalau anda seorang pelajar, sila ikut negeri rumah anda.

so ini rumah saia..





ada nampak?...BUKIT MERTAJAM..
dats my home...
adress?..hee..dokat2 situ la...carik2

konapo rojak beno pekataan mu nie si penulis..
aisey..HARAP MAAF...
memang suka kecek gini...:)

berdasarkan soalan2 yang diberikan di link


NAMA glamer:

...kat belog panggil AS-SYIFAA'
kawan-kawan panggil.....AMAL...

STATUS saya:

belum punya status kok..
masih belum berkahwin la..belajo lagik nie...

HUBUNGI saya di:

FB saya yea...
email pon boley...

DAERAH:

bukit mertajam...

APA MENARIK DI TEMPAT SAYA:



menkuang dam:



yang nie x kenai x taw nak habaq la...
KLCC...hee.
JAMBATAN PULAU PINANG



LAKSA PENANG..yummy2..pedass!



boria-boria...

dah habis jawab soklan..
macam pelik kan dok cakap pelbagai loghat ...
meh nak torang yea...

asal atau tompat lahir di PERAK..
sekolah menengah di KEDAH....
menetap di PENANG...:)

HEHEHE..

belah2 utara suma kebas abih...
tapi dok kecek cam org KELATE..
hek2...suka kecek gitu sebab..

toman-tomanku, sahabat handai..berasal dari
negeri yang berbeza..
so kalau lotak saia kat mano2 pon takpo...
boley punye...!..
nanti kita sembang banyak2 lagi na...:)

tapi satu ja nak kecek ke mu..

I LUV ISLAM...:)
I LUV UTARA...:)
I LUV MALAYSIA...:)

apabila BINTANG di langit dicapai....
jangan sesekali RUMPUT di bumi dilupakan...