Friday, April 26

Dedikasi buat Pn. Che Zainon Omar


Walau kau jauh nun di sana
Takkan ku lupakan kenangan besamamu
Moga Allah kan memayungi
Dengan rahmatNya
Kasih sayang terjalin - Kenangan Bersama (Amar)


Harum mewangi


Anak kecil itu termanggu,
di tangga kecil rumah usang dipinggir desa,
menghirup sejuk udara nyaman,
menatap indah warna seindah pelangi,
terimbau kenangan bersama seorang insani,

Terdengar sayup suara emas itu,
suara yang buatku termimpi,
insan yang banyak menabur budi,
insan yang tidak lelah memberi,
insan yang terkesan di hati,

hatinya selembut baldu,
jiwanya kental gigih demiku,
derap makna setiap langkahmu,
bibir tersenyum tanpa lesu,
wajah tenang damai selalu,

demi agama, bangsa, dan negara,
amanatmu itu kupahat selalu,
agar setiap jerih payahmu,
tidak tersisa walau seinci,
bersama doa iring pergimu,

hadirmu membawa cahaya,
membakar semangat perwira,
moga terus memberi sinar tanpa sirna,
menghunus pena untuk yang tercinta.
moga dirimu terus mekar bak bunga,
harum menawan bagai delima,
moga kita bertemu kembali di syurga.
Insya-Allah.





p/s : Doakan anak didikmu ini menjadi pendidik yang bercahaya untuk menerangi jiwa anak bangsa. Sayang Pn. Che kerana Allah. Moga terus berada di bawah kasih dan rahmatnya. Insya-Allah berjumpa lagi.

Buah pauh delima batu, 
Anak sembilang di tapak tangan; 
Walau jauh di negeri satu,
 Hilang di mata, 
di hati jangan.



Thursday, April 4

Jepun kan Malaysiaku


10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.






Undi Undi

Kempen akan berlangsung mulai hari ini, masing-masing akan mempromosi parti pilihan mereka. 
Mulai saat ini bolehlah kita fikir-fikirkan mana pilihan yang terbaik. Bagi yang masih tercari-cari, bolehlah solat Istikharah supaya Allah tunjukkan pilihan yang terbaik, bukan pilihan yang menurut hawa nafsu dan akal yang terbatas. - Imam Muda Hasan Adli


Nah ! hak ni best. dari Mr. Bie kita. ;)
Ngundi Molek deyy.

Thats All kopi pasta dengar cakap.


Sayang selalu.


Mereka istimewa, biar seisi dunia mencela, mereka bahagia sering tertawa, tidak kenal erti derita, karna mereka insan sempurna, dijamin syurga. 


Hidup menabur budi, mencambah benih, berkhidmat sepenuh hati, lahirkan insan berpekerti, sehebat Sultan Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayubi.


Mengukir senyum, bercita tinggi, berwawasan murni, perlu disayangi sepenuh hati, moga jadi insan sejati berbakti berbudi pada agama dan pertiwi.




Firman Allah dalam Surah Al Qasas, ayat 77 –
“ Dan sayangilah manusia sebagaimana Allah sayang kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat bencana”

Rasulullah menegaskan peri pentingnya kasih sayang ini dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah,
“Demi diriku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dinamakan beriman sehinga kamu berkasih sayang”

Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhary, nabi bersabda,

“Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri “