Pernahkah kita terfikir, kala ini masih ada yang masih tidak mengenali Nabi, penghulu umat akhir zaman ini.
Ada rumah yang tidak pernah sekalipun kedengaran berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Kanak-kanak yang dahulunya dibesarkan dengan kisah-kisah teladan para nabi, kini buku itu dibiar berhabuk di dalam almari.
Mengapa ini terjadi? persoalannya balik ke diri.
Mereka lebih gemar akan permainan video dan alat teknologi. Jadi berusahalah untuk menjadikan alat teknologi itu seiring ajaran agama. ( kisah nabi dan doa-doa boleh di install )
Insya-Allah moga-moga ia berhasil.
Remaja, cuba tanya diri anda, berapa ramai yang tahu nama bapa Nabi Muhammad.
Siapa nama ibu Nabi Muhammad.
Ya. Soalan mudah tetapi tidak mustahil ada yang masih belum tahu jawapannya.
Sedih dan sebak. remaja yang menjangkau usia puluhan tahun tidak kenal nama, salasilah keluarga baginda. apatah lagi sirah perjalanan dakwah baginda.
Apa yang mereka tahu.. Bersukaria, bersandiwara, bergelak tawa. asyik memikirkan dunia.
Tanpa mereka sedari setiap suara yang mereka alirkan, tiada zikir, tiada selawat, tiada ayat-ayat suci Al-Quran, tiada hadis nabi, tiada ucapan membesarkan Allah walau sekalipun.
Remaja, pemuda pemudi hari ini leka, alpa, tidak sedar bahawa merekalah penyambung panji Islam sebenarnya. hilang akhlak dan nilai budi menyebabkan hidup mereka tambah tidak terarah. mencari solusi penyelesaian setiap masalah sosial yang semakin berkulat. setiap individu bermula dari pemimpin hinggalah rakyat yang dipimpin perlu sedar.
Didikan dan pelajaran yang diterima oleh mereka tidak cukup. bukan salah. tapi tidak cukup untuk menjadikan mereka manusia yang sebenarnya. manusia yang tinggi nilai dan akal budi. sudahkah ibu ayah masa kini membuai anak mereka dengan zikir. tidak. barangkali dengan lagu-lagu asyik artis korea. itu satu. fikir bagaimana pula seterusnya.
Kala jiwa memberontak dan mengecam tindak tanduk Yahudi menghina Nabi kita, masih ada yang seolah-olah tidak ambil tahu.. "biarlah, bukan kacau aku pun" " dapat apa kalau aku tak suka pun"
Ingat. biar sedikit rasa kita itu. ia akan dinilai.
moga ada sedikit rasa benci terhadap penghinaan ini jika tidak mampu melafazkan yang lebih besar. sedarlah, Nabi Muhammad SAW ialah nabi kita. kita akan mendamba syafaatnya di akhirat kelak.
tidakkan akan tragis kisah kita jika syafaatnya tidak kita dapat malah mungkin dia tidak mengenali kita. Allah. nauzubillah. moga kita tergolong dalam golongan itu.
Namun, nabi Allah ini sangat kasih pada umatnya, sehingga di hujung nyawapun baginda masih menyebut.. ummati..ummati...ummatii ( umatku..umatku..umatku ).. kasih, jasa, dan pengorbanannya ternyata hebat. Kita? soal dirimu.
Tidakkah kita malu dengan sahabat zaman nabi yang bermatian, menggadai nyawa demi Rasul yang mereka kasihi.
AYUH, gerakkan diri, jadikanlah diri kita umat yang mulia seperti yang dijawab oleh nabi apabila ditanya oleh sahabat tentang siapakah yang paling mulia..jawabnya..
"Mereka adalah kaum yang hidup jauh setelah aku wafat, yang tidak pernah melihatku, tapi percaya ucapanku. Yang tidak pernah melihatku, tapi mengerjakan ajaranku. Yang tidak pernah bercakap-cakap denganku, tapi merindukan aku"
Selain mengecam tindakan Yahudi menghina Nabi Muhammad SAW, mereka akan terus menjajah pemikiran kita secara halus lalu melalaikan kita. Mereka tidak akan redha sehingga kita mengikut acuan dan cara mereka. Dari cata hidup, cara berfikir, cara berpakaian, cara mengurus waktu, cara berhibur dan segenap cara hidup tanpa sedar kita mengekori mereka.
Kita tak mungkin dapat mengubah yahudi kerana mereka sedang menjadi yahudi yang bertepatan dengan ayat Alquran. Mereka benar benar menjadi yahudi seperti dalam Alquran.
Apa yang boleh kita buat ialah kita berusaha menjadi Muslim Mukmin yang disebutkan dalam Alquran. Bacalah Alquran, cari apa sebenar benarnya ciri ciri Muslim dan Mukmin.
Dalam bab Iqra' yakni tuntutan membaca pun kita kalah, apatah lagi dalam pengkajian ilmu. Kita sombong membicarakan kegemilangan Islam terdahulu sedangkan kita berusahakah mengikut kehidupan kegemilangan Islam itu?
Tidak salah membantah, apakah selepas perhimpunan dan bantahan itu kita mengubah diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia untuk mengikuti Alquran dan Sunnah? - iluvislam
p/s : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Tundukmu pada Yang Maha Kuasa
Ertimu bebas dari manusia
Tunjukkan usaha hanya pada-Nya
Inilah sujud kita
Inilah sujud kita yang merdeka