Sunday, October 14

Pelajar Kelas Corot?



COROT? Apa ada pada corot. Perkataan yang membuatkan minda kita terfikirkan 'loser' = orang yang kalah, gagal, dan tidak menang. ( sama ja makna. seerti mungkin )

Namun erti yang terfikir dalam kotak minda peserta Bengkel Mendorong Pelajar Kelas Corot diubah oleh Ustazah Siti Khadijah yang menyatakan bahawa hadis-hadis menyifatkan corot bermaksud nakal dan sukar diurus.

Nah. Hari ini guru pelatih mahupun guru-guru kita disogokkan dengan pelbagai teori seperti teori thorndike, albert bandura, skinner, jean piaget. Nama-nama ini mekar di hujung bibir mereka. Ya. Benar, tokoh-tokoh itu memberi sumbangan besar dalam pendidikan awal. NAMUN. kita terlupa dan terleka, seorang wira agung dengan pekerti yang tinggi dan budi yang luhur.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.
(QS Al-Ahzab:21)

Ustazah Siti Khadijah dan 'team'nya telah mengkaji nan mendalami hadis-hadis nabi bagi memperkasakan pendidikan dan cara mendidik murid mahupun anak-anak nanti.
Ya. Salah satu solusi menyedarkan dan membawa anak-anak ini kembali ke jalan sebenar. Mendidik anak yang bakal menjadi belia beliawanis dan pemimpin negara nanti. Insya-Allah. ^_^







Antara intipati yang terdapat dalam bengkel ini :strategi yang saya higlightkan antara pelbagai ilmu yang bermanfaat yang dislaurkan kepada kami guru pelatih 

1. Bilakah pujian patut diucapkan : Apabila ada orang yang melakukan kesalahan, tetapi pada masa yang sama dia melakukan suatu kebaikan, maka diamkan sahaja kesalahannya manakala perbuatannya yang elok diberikan pujian.
Contoh situasi : murid tidak menyiapkan kerja sekolah. Guru memuji bahawa dia bangga dengan muridnya mampu hadir ke sekolah walaupun tidak menyiapkan kerja sekolah. menerangkan padanya bahawa dia akan pandai jika ke sekolah dan lebih pandai jika membuat kerja sekolah.

2. Menegur dengan menerangkan :Apabila kesalahan itu dilakukan oleh orang yang tidak pandai, jangan suruh dia membetulkan kesalahannya. Minta orang lain melakukannya. Apabila orang melakukan kesalahan, jangan salahkan dia, sebaliknya terangkan peraturan sahaja.
Contoh situasi : Membuang sampah di dalam longkang. Minta rakannya atau guru sendiri mengambil dan membuang sampah itu ke dalam tong sampah dan menerangkan bahawa sampah adalah lebih baik jika dibuang ditempat yang betul secara umum.

3. Memberi peluang semua pelajar angkat tangan : ayat pendorong efektif, perkataan yang ditanya mestilah perkara mulia.
Contoh soalan : Siapa antara kamu sudah solat? sarapan? gosok gigi? salam ibu ayah? Sesiapa yang melakukan perkara tersebut dialah murid yang menjaga kesihatan dan anak yang baik. (terang kepentingan perbuatan yang ditanya.

4. Menyelesaikan masalah pelajar : tidak menyiasat, tetapi memberi penyelesaian, tidak menasihat dan tidak memarahinya.
Contoh situasi  : pelajar memecahkan tingkap. minta ganti tanpa menyoalnya mengapa dan kenapa kerana ia akan membuka aib.

5. Menjaga maruah pesalah : menyelamatkan maruah dan menaikkan semangatnya.
Contoh situasi : pelajar tidak perlu didenda kerana melakukan kesalahan tetapi pelajar membuat kebaikan perlu dipuji.

6.Teknik memberi ganjaran : ganjaran diberi apabila membuat perkara yang betul, kerja yang salah tidak diberi ganjaran, apabila kerja dilakukan secara terbuka ganjaran juga secara terbuka, orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik.

Apa yang Nabi Muhammad SAW buat : Nabi tidak marah, tidak memberi nasihat tanpa diminta, tidak membandingkan, tidak mengkritik.

Info tambahan : Nasihat juga menjatuhkan self-esteem murid.




Berjuang melahirkan insan setaraf salahuddin al ayubi dan sultan muhammad al fateh




Mencorak anak didik berdasarkan Al Quran dan As Sunnah.

P/S : Semoga Ustazah Siti Khadijah terus mekar mengibar panji-panji dakwah ke seluruh hati-hati insani dan lebih ramai murid terdidik dengan lebih baik mengikut teknik hadis nabi ini. Insya-Allah.

Antara blog yang boleh dijadikan rujukan.





bk